sebenarnya aku dengan beberapa rakanku prgi ke sana atas tujuan menjalankan penyelidikan ke atas jeram pasu..nak tengok sama ada jeram pasu ini mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai salah satu destinasi untuk menarik minat pelancong tempatan ataupun luar negara...
jom kita stalk dulu perjalanan yang aku lalui semasa mahu meneruskan perjalanan ke jeram pasu yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan...segala persiapan untuk ke jeram pasu telah kami sediakan sehari sebelum memulakan perjalanan...tanggal 8 oktober 2011, aku bersama rakan-rakan memulakan perjalanana ke sana... eeehhh rasa macam gempak pulak nak story ni...so lepas ambil salah seoranag rakan aku yang berada di kota bahru.. aku lah yang jadi drver time tu...buat kali pertamanya aku menjadi pemandu yang berhemah...just bawak around 70km/j je tau... so dengan menggunakan GPS, google maps dan juga signboard di jalanan, kami meneruskan perjalanan...nak di jadikan cerita, bila guna tiga benda yang berbeza kami pon tetiba confused lah...so sesat dekat area kubang kerian tu...apa lah kan...baru nak start journey dah sesat... nasib baik lah terfikir untuk bertanya pada orang yang ada di situ...so, ikut je lah...bila nampak papan tanda pasir puteh, maknanya destinasi yang kami tuju adalah pada landasan yang betul...punyalah bersorak sakan masa tu...
so dalam perjalanan tu, tengoklah sekeliling kawasan tersebut...banyak potensi tempat yang boleh dijadikan sebagaidaya tarikan perlancongan...akhirnya setelah lebih 40 km perjalanan, sampailah kami destinasi ke jeram pasu...
akhirnya kami sampai ke destinasi...JERAM PASU... kalau nak bagi rating tu bolehlah untuk dijadikan tempat berpiknik...so kami mulakan tugasan menemu bual pelancong yang ada di situ...kat bawah ni adalah pic-pic yang kami tangkap semasa berada di jeram pasu...lets check it....
so, bila dah penat, kami pon cadang nak balik umah...nak dijadikan cerita waktu balik dari jeram pasu, tayar kereta yang kami naiki pecah...so agak panic time tu...macam dah tak tahu nak buat apa-apa...nasib baik ada hero malaya kami seorang ni...nama dia khairi...dia lah yang tukar tayar semua...memang adventure lah time tu...nak tengok tak si dia menukar tayar,,,jeng-jeng-jeng....