Followers

Thursday, October 27, 2011

steambot di Food Village

hai...para pembaca...ingin berkongsi pengalaman makan yang teramat banyak di food village, kelantan...habis semua plan diet aku musnah...asyik makan dan makan sahaja....memang confirm lah berat badan naik kali ini...uawawawawa...tapi takpe lah selagi kita masih boleh makan kita makan lah...kalau dah sakit nanti tak boleh makan apa-apa lagi...kan dah menyesal...

terima kasih kepada en. zuhairil kerana telah menjumput aku untuk turut makan bersama rakan-rakan yang lain...semua makana yang ada dekat situ habis kami balun...macam orang afrika yang tak makan sepuluh hari rasanya...sangat kelakar...

makan dekat sana ikut berapa kepala..satu kepala dia kira dalam RM 17.90... makana semua alah-alah buffet... main ambil seberapa banyak...ten dia ada sediakan satu periuk untuk kami bakar semua makan yang kami ambil...wahhh...dengan rasa bangganya aku menggunakan chopstik masa tu...makan dan makan....

tapi kan ada satu je yang tak best, periuk untuk masak makanan tu teramat lah kecil...hasilnya, lauk kami seperti udang, sotong, steak, ayam, sotong dan macam-macam lagi sesak untuk berenanfg dalam lautan kuah yang berdada dalam periuk...isipadu melebihi limits...apa-apa pun kami tetap makan dengan gembiranya...

jom kita stalker kejap gambar-gambar yang telah diambil semasa sesi mencekik makanan...jom layanzzz...















memang tak rugi makan di sana...aku nasihatkansesiapa yang mahu makan makanan seperti ini hendaklah mengosongkan perut anda agar banyak kuantiti bakal dimuatkan ke dalam perut kalian...okey lah u je rasanya...memang enjoy makan malam semalam...arigato...


Monday, October 24, 2011

Jeram Pasu..

hye para pembaca yang aku sayangi...lama rasanya tidak menulis dalam blog aku ini..sibukan diri dengan persiapan asignment yang sangat mendera jiwa katakan... hari ini nasib baik ada kelapangan sebelum aku pergi ke alam negara jepun mempelajari bahasa jepun...rasanya hari ini aku nak menulis serba sedikit tentangaktiviti percutian satu hari aku di jeram pasu..

sebenarnya aku dengan beberapa rakanku prgi ke sana atas tujuan menjalankan penyelidikan ke atas jeram pasu..nak tengok sama ada jeram pasu ini mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai salah satu destinasi untuk menarik minat pelancong tempatan ataupun luar negara...

jom kita stalk dulu perjalanan yang aku lalui semasa mahu meneruskan perjalanan ke jeram pasu yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan...segala persiapan untuk ke jeram pasu telah kami sediakan sehari sebelum memulakan perjalanan...tanggal 8 oktober 2011, aku bersama rakan-rakan memulakan perjalanana ke sana... eeehhh rasa macam gempak pulak nak story ni...so lepas ambil salah seoranag rakan aku yang berada di kota bahru.. aku lah yang jadi drver time tu...buat kali pertamanya aku menjadi pemandu yang berhemah...just bawak around 70km/j je tau... so dengan menggunakan GPS, google maps dan juga signboard di jalanan, kami meneruskan perjalanan...nak di jadikan cerita, bila guna tiga benda yang berbeza kami pon tetiba confused lah...so sesat dekat area kubang kerian tu...apa lah kan...baru nak start journey dah sesat... nasib baik lah terfikir untuk bertanya pada orang yang ada di situ...so, ikut je lah...bila nampak papan tanda pasir puteh, maknanya destinasi yang kami tuju adalah pada landasan yang betul...punyalah bersorak sakan masa tu...

so dalam perjalanan tu, tengoklah sekeliling kawasan tersebut...banyak potensi tempat yang boleh dijadikan sebagaidaya tarikan perlancongan...akhirnya setelah lebih 40 km perjalanan, sampailah kami destinasi ke jeram pasu...


akhirnya kami sampai ke destinasi...JERAM PASU... kalau nak bagi rating tu bolehlah untuk dijadikan tempat berpiknik...so kami mulakan tugasan menemu bual pelancong yang ada di situ...kat bawah ni adalah pic-pic yang kami tangkap semasa berada di jeram pasu...lets check it....









so, bila dah penat, kami pon cadang nak balik umah...nak dijadikan cerita waktu balik dari jeram pasu, tayar kereta yang kami naiki pecah...so agak panic time tu...macam dah tak tahu nak buat apa-apa...nasib baik ada hero malaya kami seorang ni...nama dia khairi...dia lah yang tukar tayar semua...memang adventure lah time tu...nak tengok tak si dia menukar tayar,,,jeng-jeng-jeng....

Saturday, October 1, 2011

hantaran kahwin alaf siber

selamat petang para pembaca yang sudi nak baca blog aku ini...hari ini tertarik pula aku nak menulis tentang kahwin-kahwin ini... itu bukan bermakna aku yang nak kahwin ye...cuma baru terbaca tentang artis juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad, 28, selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Nazirah Ayub, 23, di Masjid Sultan Mizan. tahniah diucapkan kepada abang nabil kita sorang ini...

apa yang unik pada aku adalah tentang hjantaran perkahwinan bagi kedua mempelai tersebut.. aku tak tahu lah kalau ini merupkan trend barang hantaran zaman kini..cuma ini adalah pertama kali aku membacanya sendiri.. korang nak tahu ke apa barang hantaran mereka..jom aku tolong listkan apa yang aku telah baca di dada akhbar metro tadi,...

barang-barang hantaran Nabil kepada Nazirah:

  1. wang hantaran RM15,000, mas kahwin RM300
  2. sebentuk cincin berlian dan mas kahwin
  3. set wangian
  4. al-Quran, telekung dan tasbih
  5. kasut jenama Stuart Weitzman
  6. set solekan Channel
  7. tepak sirih 
  8. peralatan komunikasi, BlackBerry Playbook.


 barang hantaran yang dibalas oleh Nazirah kepada Nabil:

  1. sebentuk cincin
  2. coklat
  3. kasut
  4. peralatan permainan siber Play Station 3 (PS3)
  5. iPad 2
  6. sejadah/al-Quran
  7. sirih junjung
  8. buah-buahan 
  9. kek.
wow bestnyer kan.. apa yang akau nak highlight kan di sini adalah peralatan canggih sekarang ini pon boleh dijadikan barang hantaran..ipad, blackberry, iphone and so on...so kene fikirkan dari sekarang nak mintak apa dekat bakal suami atau bakal isteri anda semua...buat plan siap-siap..nanti tinggal listkan je...

tak mustahil satu hari nanti semua barang hantaran adalah alat komuinikasi...hehehhee..

Wednesday, September 28, 2011

eid Festival vs SBN




Hye to all my reader...sowry lah lama dah tak mengemaskini blog aku ni..sibuk menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan dengan final projek aku ni...nak kata stress tu tak ada lah...sebab dalam hidup aku, alwayz think positive...all the problem yang aku face buat masa ini dapat aku settlekan dengan penuh kesabaran...hari-hari menghadap journal dengan online buku memang amat meletihkan mata dan mida aku..kekadang sampai apa yang diluahkan dan apa yang berada di minda tidak selari...tapi belum lagi capai tahap gila ye...hihi...


detik 28 september 8.oo malam memang sangat menyeronokkan...buat pertama kalinya aku rasa berada di universiti ini seronok kembali selepas hampir homesick selama sebulan..nak tahu tak apa yang membuatkan aku berasa amat gembira?? ni semua kes adik-adik junior sbn 1 sesi 2011/2012...tak sangka kepala dieorang ni memang sempoi habis...sambutan hari raya yang dieorang buat memang masyuk...sejujurnya kami rasa terhibur dengan apa yang telah mereka persembahkan...


terubat kotak minda aku ini dengan hiburan yang mereka sajkan...aku dapat lihat gelak ketawa daripada rakan seangkatan aku....kalu mereka fikir final year projek memang muka masam sambil berkerut...tap malam ini semua final year projek kami lupakan ibarat orang hilang ingatan...hanya 3 jam berseronok..


yang bestnyer dapat makan tau...makan nasi warna kuning ( aku tak tahu nama apa nasi tu)..kuah kari daging, ayam masak sambal, lontong dan ketupat palas...lepas tu ada jugak puding...sedapnyer...pulaktu perut memang lapar...makan licin sambil menjilat sudu katakan...


semacam kebiasaan lah..bila perut dah kenyang, mulalah abim gambar...macam artis katakan..aku sempat snap beberapa pic candit...memang funny habis...jom kita stalk kejap...lets go....


kebulurnya mamat ni.

zarith yang dalam kemurungan


 macam nak pergi nikah je...

 wong dan zura yang tengah berlakon..

 just nak tunjuk ring saya je...

 time raya pon nak buat study group ker??

 alex pang with his girlfrenz..

 stop kejap dekat gadis2 cun..

 ain di masa tua..

 ni miss world ker?? kenapa ada guyz ye??

 stock makanan yang dah licin..
 ketupat palas dan lontong..

 mc yang sempoi..

 go kak zee..colgate advertisment...

 layan diri time makan..

 
 ni miss world ker??

 gosip beb...

sbn the best!!!

sekali lagi nak mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada junior tahun satu kerana berjaya menorganisasikan event yang sederhana tapi amat gempak...kami semua sayang kat you alllzz... teruskan tradisi ini ye...congratez!!!

Wednesday, September 21, 2011

my Kotak Study

Hye blogger ku..apa khabar ye?? hari ini saya tertarik nak share tentang kotak study saya...sebelum itu, tahukah apakah yang dimaksudkan dengan kotak study?? tu kalau ikut bahasa dalam kamus saya..tapi hakikatnya bilik saya tinggal untuk saya study selalu. rasa-rasanya dengan keadaan saya yang kusut dan serabut sekarang ini bagaimana lah pula rupa blog saya ini?? mesti teruk kan..bersepah macam tikus.. tapi tak adalah seteruk imaginasi rakan blogger fikirkan...kalau tak percaya saya boleh tunjukkan...




gambar di atas menunjukkan kata-kata semangat yang ditampal di belakang dinding saya di mana katil saya ditempatkan..tujuannya adalah supaya memberikan saya positive thinking setiap pagi ketika saya bangun tidur...berkesan tau..kalau tak percaya try buat..anda akan rasakan kelainannya...

gambar di atas adalah meja study saya..bersepah kan..almaklumlah banyak sangat kerja yang tertangguh..tu yang menggunung je kertas-kertas dekat situ...jangan jadi seperti saya..takut nanti ada tikus akan menyerang bilik anda...

 


setiap orang pasti ada kotak study mereka sendiri..gunakan ia sebaik mungkin agar anda dapat merasai aura ilmu menempel di otak fikiran anda..

PS:jangan jadikan tempat tersebut sebagai tempat tidur ye....

just one more challenge..GRAB it!!

hye dan selamat malam rakan blogger saya...penat sungguh rasanya hari ini..bukan kerana terlalu banyak kelas tetapi terlalu banyak berfikir. hari ini boleh dikatakan saya menggerakkan otak saya ibara enjin kereta formula one..banyak kerahan idea perlu dimuntahkan dari benak fikiran untuk thesis final projek saya...saya ingat saya je yang banyak berfikir dan hampir sampai ke jalan buntu dengan thesis saya ini...tapi sebahagia besar rakan-rakan saya turut mengalami masalah yang sama..kami ibarat diberikan kejutan yang amat besar dengan thesis ini..

ibarata tersentak dari lamunan mimpi terus memikirkan masalah yang bakal dihadapi...nak mengeluh tapi rasanya itu bukan jalan terbaik buat kami sebagai bakal graduan. kami tak mahu dianggap graduan yang lemah dantak ada inesiatif langsung..so kaan-kawan seangkatanku jom kita sambut cabaran ini...kita buktikan yang kita boleh buat yang terbaik dalam thesis yang diberikan..

banyak cabaran yang telah kita tempuh di universiti ini..pertama dalam menyiapkan tugas Student In Enterprise Project atau singkatan name dia ialah SIEP. masih ingat lagi masa mula-mula nak buat SIEP tu..mostly semua orang macam kebinggungan...tapi sekarang ni kada sebahagian daripada kita telah pun berjaya menyiapkan SIEP itu dengan colorful result.Tahniah pada you guyz. untuk rakan-rakan yang masih belum melaksanakannya, saya sentiasa mendoakan kemudahan anda dalam menjalankan SIEP terakhir..

lepas itu kita dihadapi dugaan lagi dengan tempat latihan industri yang tidak menepati cita rasa kita. mahu atau tidak kita mesti melaluinya selama 16 minggu. kita hadapinya dengan gigih dan sabar..finally kita kena present report latihan industri. ..semua perkara tersebut telah kita lalui dengan penuh kesungguhan..

yang tinggal sekarang ini hanyalah thesis final project kita..walaupun banyak assignment atau kita anggap faktor gangguan untuk kita fokus kepada thesis kita, tapi pada saya, kita dapat menghadapinya..sama-samalah kita gandakan usaha kita untuk menyiapkan thesis kita dalam masa tidak sampai setahun ini...demi mencapai segulung ijazah yang kita idamkan sejak menjejakkan kaki ke menara gading...

GOOD LUCK!!!

Sunday, September 18, 2011

kenapa ubat rasenye tak sedap??

selamat petang para blogger...hari ini saya nak share sikit tentang rasa ubat-ubatan yang ada di hospital or clinic or pharmacy...kebanyakkkan ubat yang berada di sana memang teruk dan dasyat rasenyer...rase macam nak muntah je bila makan,,,tak sedap kangsung...bukan sahaja tak sedap malahan berbau yang tak sedap untuk dihidu...tapi apakan daya, sakit telah menimpa kita..nak tak nak kenelah makan juga ubat tersebut...uuuwweeekkkk sangat meloyakan...




hari ini saya pergi ke klinik..bangun awal pagi untuk mendapatkan ubat yang diidamkan...tapi apakan daya, alat tersebut telah di bawa ke tempat lain...frust gila time tu...dah lah tunggu klinik bukak dekat 3 hari..at last dia kata tak da equipment untuk ubat tu...saya malas nak cari pasal..so terus sahaja cakap bagi lah saya ubat yang patut diberi...kalau tak baik nanti saya akan directly ke hospital...eemmmm nak buat macam mana...dah memang masak dengan situasi yang semacam ini...


hasilnya saya diberi ubat yang sangat banyak...rasa gerun pula nak makan ubat tersebut...belum tua lagi dah kena makan ubat yang sangat banyak....dah lah pahit...you guyz nak tengok ker gambar ubat yang available pada saya...kejap ye saya upload untuk tontonan you all...








tengok tu ubat yang saya dapat...semuanya tak sedap...bilalah saya nak makan ubat ini...kalaulah ubat ini rasa coklat atau strawberry sedap lah juga saya nak makan...ini tak, dah lah warna tak menarik lepas tu rasa tak sedap...confirm tak makan ubat-ubat tu...sowry ye doktor, saya just amik ubat tapi tak suka nak makan ubat...especially ubat batuk yang rasenye sangat horrible..

kata orang penyakit ini satu cara penghapus dosa. so kene redha dengan penyakit yang kita dapat..moga banyak dosa saya akan dihapuskan..by the way, doakan saya cepat sembuh ye kawan blogger...arigato..

Tuesday, September 13, 2011

snapshot with my son..

hye my blogger...kali ni tak mau tulis bebanyak pon..just want to show you some picture that have been taken by me...this picture is my beloved son..(dah kahwin pulak nak ada anak)...perasan lebih kan...tapi dia lah buah hati aku bila kau berada di batu pahat...sangat tertarik pada kecomelan dia..jom kita look see picture my son...










really miss him...tak sabar nak balik johor..nak jumpa buah hati saya sorang ini...hihi

Pages