Followers

Sunday, January 12, 2025

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Setelah hampir 13 tahun tidak menulis di blog, aku yang dahulunya sangat aktif dan minat untuk menulis, meninggalkan minatku untuk mengejar kerjaya....

Telah banyak fasa hidup yang telah aku lalui.. daripada fasa belajar, bekerja, berkahwin dan sekarang bisnes sendiri. boleh lah kan daripada tak bekerja... 

banyak pengalaman yang mematangkan hidup kita.. aku percaya semua orang melalui fasa-fasa yang membuatkan kita lebih kuat dan matang dalam menilai sesuatu.

Kalau dulu semasa berumur 20-an merupakan fasa untuk mengejar dunia. banyak benda yang cuba diterokai untuk mendapatkan apa yang diingini. semuanya berupakan kehendak contohnya kereta, rumah, handphone berjenama, handbag dan sebagainya.

Alahamdulillah kini semuanya telah dimilikki dengan izin Allah. tapi bila meningkatnya usia, semua kehendak tu perlahan-lahan dilepaskan..

Bila mana kita terlampau kejarkan dunia, terkadang kita terlupakan bahawa dunia ini hanya pinjaman dan tempat persinggahan... dari situ aku mula berfikir untuk kurangkan kejar dunia semata.. mungkin faktor meningkatnya umur membuatkan kita lebih matang dalam menilai...

stay tune.. banyak lagi nak ditulis.. maklumlah sehari satu topik kan..

so jumpa next word.


truely love : miss Ejaty

Pages