Followers

Wednesday, September 28, 2011

eid Festival vs SBN




Hye to all my reader...sowry lah lama dah tak mengemaskini blog aku ni..sibuk menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan dengan final projek aku ni...nak kata stress tu tak ada lah...sebab dalam hidup aku, alwayz think positive...all the problem yang aku face buat masa ini dapat aku settlekan dengan penuh kesabaran...hari-hari menghadap journal dengan online buku memang amat meletihkan mata dan mida aku..kekadang sampai apa yang diluahkan dan apa yang berada di minda tidak selari...tapi belum lagi capai tahap gila ye...hihi...


detik 28 september 8.oo malam memang sangat menyeronokkan...buat pertama kalinya aku rasa berada di universiti ini seronok kembali selepas hampir homesick selama sebulan..nak tahu tak apa yang membuatkan aku berasa amat gembira?? ni semua kes adik-adik junior sbn 1 sesi 2011/2012...tak sangka kepala dieorang ni memang sempoi habis...sambutan hari raya yang dieorang buat memang masyuk...sejujurnya kami rasa terhibur dengan apa yang telah mereka persembahkan...


terubat kotak minda aku ini dengan hiburan yang mereka sajkan...aku dapat lihat gelak ketawa daripada rakan seangkatan aku....kalu mereka fikir final year projek memang muka masam sambil berkerut...tap malam ini semua final year projek kami lupakan ibarat orang hilang ingatan...hanya 3 jam berseronok..


yang bestnyer dapat makan tau...makan nasi warna kuning ( aku tak tahu nama apa nasi tu)..kuah kari daging, ayam masak sambal, lontong dan ketupat palas...lepas tu ada jugak puding...sedapnyer...pulaktu perut memang lapar...makan licin sambil menjilat sudu katakan...


semacam kebiasaan lah..bila perut dah kenyang, mulalah abim gambar...macam artis katakan..aku sempat snap beberapa pic candit...memang funny habis...jom kita stalk kejap...lets go....


kebulurnya mamat ni.

zarith yang dalam kemurungan


 macam nak pergi nikah je...

 wong dan zura yang tengah berlakon..

 just nak tunjuk ring saya je...

 time raya pon nak buat study group ker??

 alex pang with his girlfrenz..

 stop kejap dekat gadis2 cun..

 ain di masa tua..

 ni miss world ker?? kenapa ada guyz ye??

 stock makanan yang dah licin..
 ketupat palas dan lontong..

 mc yang sempoi..

 go kak zee..colgate advertisment...

 layan diri time makan..

 
 ni miss world ker??

 gosip beb...

sbn the best!!!

sekali lagi nak mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada junior tahun satu kerana berjaya menorganisasikan event yang sederhana tapi amat gempak...kami semua sayang kat you alllzz... teruskan tradisi ini ye...congratez!!!

Wednesday, September 21, 2011

my Kotak Study

Hye blogger ku..apa khabar ye?? hari ini saya tertarik nak share tentang kotak study saya...sebelum itu, tahukah apakah yang dimaksudkan dengan kotak study?? tu kalau ikut bahasa dalam kamus saya..tapi hakikatnya bilik saya tinggal untuk saya study selalu. rasa-rasanya dengan keadaan saya yang kusut dan serabut sekarang ini bagaimana lah pula rupa blog saya ini?? mesti teruk kan..bersepah macam tikus.. tapi tak adalah seteruk imaginasi rakan blogger fikirkan...kalau tak percaya saya boleh tunjukkan...




gambar di atas menunjukkan kata-kata semangat yang ditampal di belakang dinding saya di mana katil saya ditempatkan..tujuannya adalah supaya memberikan saya positive thinking setiap pagi ketika saya bangun tidur...berkesan tau..kalau tak percaya try buat..anda akan rasakan kelainannya...

gambar di atas adalah meja study saya..bersepah kan..almaklumlah banyak sangat kerja yang tertangguh..tu yang menggunung je kertas-kertas dekat situ...jangan jadi seperti saya..takut nanti ada tikus akan menyerang bilik anda...

 


setiap orang pasti ada kotak study mereka sendiri..gunakan ia sebaik mungkin agar anda dapat merasai aura ilmu menempel di otak fikiran anda..

PS:jangan jadikan tempat tersebut sebagai tempat tidur ye....

just one more challenge..GRAB it!!

hye dan selamat malam rakan blogger saya...penat sungguh rasanya hari ini..bukan kerana terlalu banyak kelas tetapi terlalu banyak berfikir. hari ini boleh dikatakan saya menggerakkan otak saya ibara enjin kereta formula one..banyak kerahan idea perlu dimuntahkan dari benak fikiran untuk thesis final projek saya...saya ingat saya je yang banyak berfikir dan hampir sampai ke jalan buntu dengan thesis saya ini...tapi sebahagia besar rakan-rakan saya turut mengalami masalah yang sama..kami ibarat diberikan kejutan yang amat besar dengan thesis ini..

ibarata tersentak dari lamunan mimpi terus memikirkan masalah yang bakal dihadapi...nak mengeluh tapi rasanya itu bukan jalan terbaik buat kami sebagai bakal graduan. kami tak mahu dianggap graduan yang lemah dantak ada inesiatif langsung..so kaan-kawan seangkatanku jom kita sambut cabaran ini...kita buktikan yang kita boleh buat yang terbaik dalam thesis yang diberikan..

banyak cabaran yang telah kita tempuh di universiti ini..pertama dalam menyiapkan tugas Student In Enterprise Project atau singkatan name dia ialah SIEP. masih ingat lagi masa mula-mula nak buat SIEP tu..mostly semua orang macam kebinggungan...tapi sekarang ni kada sebahagian daripada kita telah pun berjaya menyiapkan SIEP itu dengan colorful result.Tahniah pada you guyz. untuk rakan-rakan yang masih belum melaksanakannya, saya sentiasa mendoakan kemudahan anda dalam menjalankan SIEP terakhir..

lepas itu kita dihadapi dugaan lagi dengan tempat latihan industri yang tidak menepati cita rasa kita. mahu atau tidak kita mesti melaluinya selama 16 minggu. kita hadapinya dengan gigih dan sabar..finally kita kena present report latihan industri. ..semua perkara tersebut telah kita lalui dengan penuh kesungguhan..

yang tinggal sekarang ini hanyalah thesis final project kita..walaupun banyak assignment atau kita anggap faktor gangguan untuk kita fokus kepada thesis kita, tapi pada saya, kita dapat menghadapinya..sama-samalah kita gandakan usaha kita untuk menyiapkan thesis kita dalam masa tidak sampai setahun ini...demi mencapai segulung ijazah yang kita idamkan sejak menjejakkan kaki ke menara gading...

GOOD LUCK!!!

Sunday, September 18, 2011

kenapa ubat rasenye tak sedap??

selamat petang para blogger...hari ini saya nak share sikit tentang rasa ubat-ubatan yang ada di hospital or clinic or pharmacy...kebanyakkkan ubat yang berada di sana memang teruk dan dasyat rasenyer...rase macam nak muntah je bila makan,,,tak sedap kangsung...bukan sahaja tak sedap malahan berbau yang tak sedap untuk dihidu...tapi apakan daya, sakit telah menimpa kita..nak tak nak kenelah makan juga ubat tersebut...uuuwweeekkkk sangat meloyakan...




hari ini saya pergi ke klinik..bangun awal pagi untuk mendapatkan ubat yang diidamkan...tapi apakan daya, alat tersebut telah di bawa ke tempat lain...frust gila time tu...dah lah tunggu klinik bukak dekat 3 hari..at last dia kata tak da equipment untuk ubat tu...saya malas nak cari pasal..so terus sahaja cakap bagi lah saya ubat yang patut diberi...kalau tak baik nanti saya akan directly ke hospital...eemmmm nak buat macam mana...dah memang masak dengan situasi yang semacam ini...


hasilnya saya diberi ubat yang sangat banyak...rasa gerun pula nak makan ubat tersebut...belum tua lagi dah kena makan ubat yang sangat banyak....dah lah pahit...you guyz nak tengok ker gambar ubat yang available pada saya...kejap ye saya upload untuk tontonan you all...








tengok tu ubat yang saya dapat...semuanya tak sedap...bilalah saya nak makan ubat ini...kalaulah ubat ini rasa coklat atau strawberry sedap lah juga saya nak makan...ini tak, dah lah warna tak menarik lepas tu rasa tak sedap...confirm tak makan ubat-ubat tu...sowry ye doktor, saya just amik ubat tapi tak suka nak makan ubat...especially ubat batuk yang rasenye sangat horrible..

kata orang penyakit ini satu cara penghapus dosa. so kene redha dengan penyakit yang kita dapat..moga banyak dosa saya akan dihapuskan..by the way, doakan saya cepat sembuh ye kawan blogger...arigato..

Tuesday, September 13, 2011

snapshot with my son..

hye my blogger...kali ni tak mau tulis bebanyak pon..just want to show you some picture that have been taken by me...this picture is my beloved son..(dah kahwin pulak nak ada anak)...perasan lebih kan...tapi dia lah buah hati aku bila kau berada di batu pahat...sangat tertarik pada kecomelan dia..jom kita look see picture my son...










really miss him...tak sabar nak balik johor..nak jumpa buah hati saya sorang ini...hihi

kek coklat versi resepi aku..

oyasuminasai to all my blogger walking...ehehe..hari ini tetiba pulak aku mulakan penulisan blog aku dengan bahasa jepun///al maklumlah..excited sangat belajar bahasa jepun setelah hampir setahun 6 bulan aku tinggalkan language ini...before that, nak mintak maaf bebanyak sebab lama dah aku tak update blog ini...sibuk lah dengan pendaftaran semester baru...banyak nak angkut barang ke hostel dan uruskan pendaftaran kursus...memang sangat meletihkan...hari ini just nak cerita experience aku buat kek coklat pada kengkawan blogger aku...

sejujurnya nak cerita ni first time kot aku  buat kek dngan sendirinya...memang penat sehhyy...sebelum ni hanya tahu makan je...dah buat sendiri baru lah rasa menghargai nilai kek tersebut...
memula nak ucap ribuan terima kasih kepada kawan aku yang merangkap sifu buat kek ni (NUR HAMIMMAH)...dia lah yang telah ajar aku sehingga berjaya menyiapkan kek coklat ini dengan jayanya....


okey nak mula dari mana eh?? kita mula dengan penyediaan ingredient to make a cake...
sifu kata kalau nak buat kek kita kena ada senarai barang seperti berikut:

  1. tepung gandum (depend pada kuantiti yang you all nak buat)
  2. gula kasar yang dikisar or boleh jugak guna gula halus.(kuantiti sama dengan kuantiti tepung yang digunakan)
  3. serbuk soda.
  4. serbuk koko..
  5. susu pekat.
  6. telur ( ikut beberapa biji yang kita nak letak)
  7. vanila
  8. coklat chips
  9. coklat masak
  10. minyak masak (secawan)
itu je yang aku ingat tentang bahan-bahan yang ada.. ni aku nak cerita bila kita buat just 250g tepung ye..so kita just perlukan 250g gula jugak..gula tersebut perlu dikacau bersama 3 biji telur..kacauan hendaklah dibuat sehingga telur bertukar warna kepada keputihan which means dah kembang lah tu...at the same time, kita suruh orang lain pergi ayak tepung bersama serbuk koko dan juga 1 sudu besar serbuk soda..kacauan telur tu kalau aku tak silap dalam around 30 minit aku buat..lenguh seh tangan aku...bila dah kembang kita letak sikit serbuk vanila untuk hilangkan bau hanyir telur..so jadi lah wangi sikit...then letak secawan minyak bersama beberapa sudu susu pekat.kacau sehingga sebati...at last baru letak campuran tepung dan serbuk koko yang telah diayak..then kita kacau sehingga sebati...bila rasa dah betul-betul sebati, kita letak air sedikit supaya tidak terlalu pekat.. untuk lebih paham, kita lihat gambar dibawah ini ye...inilah hasilnya...





 lepas dah ciap tu, kita kene kukus ye..bukan bakar dalam oven..so, kukus dalam araea 40 minit..time tu rase happy sangat dan tak sabar menunggu ketibaan kek yang diidamkan..sementara menunggu kek masakkita buat lah kuah coklat dia ye..just letak coklat masak bersama dengan butter...jeng..jeng..jeng..inilah hasil kek saya setelah dicampur dengan coklat masak di atasnya...


 bila dah ciap tu kita taburkan pula coklat moist ye...nampak ianya lagi sedap...nyummmyy...dah ready untuk dimakan..


this cake actually aku nak credit to orang yang paling aku sayang yang berada di perantauan...(Mohd Zakwan)..hanya dapat sent gambar je..kalau nak sent betul-betul takut dah kulat bila sampai...hihi...by the way, untuk rakan-rakan blogger aku, selamat mencuba resepi yang aku bagi ini ye...kalau tak jadi, mesti aku terlupa salah satu bahan kot...hihihi...chaozzz...

Monday, September 5, 2011

say bye bye to my fb...

hye...masih belum terlambat lagi aku nak wish selamat hari rayer kat kengkawan aku,...macam mana rayer korang?? semestinya seronok kan...masih ingat takagi masa zaman kecik-kecik...kalau sebut je hari rayer, kita lah yang paling gembira...perkara yang terpahat di kepala adalah nak kumpul duet rayer banyak-banyak...lepas tu pergi beli mainan idaman...hehehhe...tapi sebaliknya yang berlaku kepada ibu bapa kita...mereka mesti sedih gila...sebab duit mereka mengalir bagai air sungai...entah ke mana duit tu pergi...last rayer kira lah berapa duit habis...tengok-tengok dah beribu-ribu...habis botak kepala mereka...takut pula rasenyer aku menempuh dunia mnjadi ibu dan bapa nanti...habis duit aku...hahahhaa...

berbalik pasal tajuk entry aku, bye bye fb...kenapa tetiba aku deactivate fb ye?? pelik je bunyinyer...entah lah tetiba rase nak stop fb sekejap...rase bosan pon ada dengan fb tu...asyik ulang benda yang sama...aku kan suka akan sesuatu yang baru..so lepas ni kenelah cari something yang lebih interesting...lagipun kuliah aku dah nak mula, aku nak try fokus 100% dengan subjek yang aku ambil...try struggle back...lagipun aku kene bagi perhatian penuh dekat bf baru aku...nak tahu siapakah dia?? my thesis lah bf aku...so 70% life aku akan ku berikan padanya.....harap dapat lah colorful mark dalam research nanti...

rasenyer itu sahaja aku nak cerita dalam entry kali ini...akhir kata selamat hari raye lagi sekali kepada semua kengkawan aku....

Monday, August 29, 2011

semerah my lovely handbag....


hai kawan-kawan blog aku...hri ini cik izzah nak share handbag yang cik izzah baru beli...cantik tak...hehehe...habis duit gaji bila beli beg ni...tapi apa nak buat,,hati dah tertarik...mahal-mahal pon sapu je...nak cari brand sacha tpi tak berkenan pula...lastly beli Polo lagi...tapi with differ style...color merah mak ngah gitu...bergaya lah raye tahun ni...menjadisatu kepuasan apabila korang dapat beli barang idaman korang... berhabis duit pon takpe..asal dapat benda impian tu...sekarang ni cik izzah dah jatuh bankrupt...mohon rakan-rakan blog bagi cik izzah duit raye ok...hehehehe 

si pemungkir janji..

selamat pagi pembaca aku punya blog...hari ini datang pula idea aku untuk bercerita dan berkngsi pengalaman dengan korang...korang pernah tak bertemu dengan insan yang bernama si pemungkir janji??agak-agak apa yang korang rase dengan wujudnya mereka disini...rase geram tu memang terpahat di hati kan...tapi nak buat macam mana, golongan ini memang betul-betul menyusahkan orang lain...

sebenarnya aku pon pernah jugak bertemu dengan golongan ni...tapi dulu aku boleh lah absorb je...tapi kalau sekarang no way lah...ini aku nak cerita experience aku..geram betul aku pada hari kejadian..ceritanya bermula apabila seseorang mengajak aku keluar untuk berbuka puasa dengannya...fikir punya fikir aku ada satu hari free...so decide and deal lah dengan dia if kita boleh jumpa tak...then dia agree...so aku ketepikan kerja-kerja aku yang menggunung tu sebab aku dah janji dengan orang kan..pagi tu aku buat cofirmation lagi..then dia cakap still on...okey fine...then bila aku sampai di tempat yang dijanjikan..aku cari lah dia,...lepas tu aku msg dia...boleh pulak dia cakap...oppsss aku terlupa lah yang aku ada janji dengan kau...pergghh jawapan tu macam haram jadah aku dengar...sakitnya hati aku...pakal lah kau tu kawan aku...

kalau lah kau tu client aku, dah lama aku batalkan urusan dengan kau...menyusahkan orang je kau ni,,,..kalau lah kau rase kau tak boleh make it, just call akau atau type msg je lah...tak payah lah buat aku tertunggu mcam orang bodoh...nasib baik tempat tu dekat dengan rumah aku...kalau jauh dah lama kau maki hamun orang spesis ni...

tahap kemarahan aku time tu sama macam kemarahan angry bird dekat pencuri telur mereka...agak-agak korang apa yang patut kita buat bagi golongan spesis ini??
aku cuma terfikir duabenda sahaja..

  1. kita follow style angry bird tu...kita ambil batu ke atau objek keras, then kita lastik ke muka mereka yang bergelar si pemungkir janji..
  2. tak pun kita calarkan kereta dieorang nak lagi gempak kita BAKAR (nada dalam cerita HKLBK) je rumah mereka...
untuk mereka yang membaca blog aku ni, jangan lah korang sertai golongan ini ye..jauhkan diri korang dengan mereka...bikan sahaja menyusahkan kita bakal membazir waktu kita dengan terbuang sia-sia...ingat ye, kalau korang rase tak leh tepati janji, jangan cuba berjanji...kalau ada urgent thing yang berlaku..inform mereka yang menunggu anda secepatnya...haraf maklum...

kenapa manusia still jahat time bulan posa??

morning kawan-kawan aku sayangi dan setia membaca my blog...rasa lama pula aku tak  mengupdate blog aku ni,,,biasalah,,aku ni busy sikit dengan kerja-kerja tertangguh...tu lah, banyak masa tapi selalu main-main,,kan ah kene sekarang ni...orang lain sibuk buat persiapan nak raya tapi aku pula sibuk dengan persiapan report client...sadis betulkan....

hari ini tergerak hati pulak nak cerita pasal puasa yang tinggal hanya hari ini sahaja.....adakah kita betul-betul mendapat nikmat ramadhan tu...apakah perubahan yang kita alami sebelum dan selepas ramadhan...adakah ianya lebih baik ataupun sebaliknya?? marilah kita renungkan...

bila orang sebut pasal puasa, ia bukan sahaja bermakna menahan diri daripada makan dan minum..ramai masayarakat hari ini tersalah anggap dengan pengertian berpuasa..mereka hanya menahan makan dan minum tetapi masih lagi melakukan dosa-dosa seperti mendedahkan aurat, berpimpinan tangan bagi bukan muhrim, membazir makan ketika berbuka dan sebagainya,,.mengapa perkara sebegini oleh berlaku??bukankah pengaruh syaitan sudah tidak ada pada bulan ramadhan..

apa yang ingin aku katekan di sini, baik atau jahatnya seseorang kita boleh lihat pada bulan ramadhan. atau dengan erti kata lain itulah perangai sebenar mereka..sebenarnya benda yang lebih jahat memang sudah ada dalam diri kita...ianya adalah nafsu...bagi mereka berpuasa, mereka haruslah mengawal nafsu mereka daripada membuat maksiat...

menurut mam Al-Ghazali, nafsukejahatan bagi seorang manusia bersamaan dengan 70 syaitan..jika manusia itu gagal mengawal nafsu mereka ketika berpuasa, ini bermakna dia telah digoda sebanyak 70 syaitan,...ianya sungguh dasyat sekali...oleh itu, kita hendaklah cuba untuk mengawal atau menjinakkan nafsu ini dengan ayat-ayat suci al-Quran dan juga zikir-zikir...

moga-moga kita mendapat keberkatan ramadhan tahun ini...sentiasalah bersedih akan perpisahan ramadhan dan sentiasa berdoa agar kita dipertemukan atau diberi kesempatan untuk berjumpa dengan ramadhan akan datang.....

Saturday, August 20, 2011

selamat menggoreng presentation....

selamat tengah hari kepada sem

muka cuak lah plak...










salahkah kalau kita menegur orang atasan??

selamat malam para pembaca yang aku kasihi...hari ini tergerak pulak hati aku nak cerita pasal teguran...
sebenarnya kamu tahu ke apa maksud teguran...kalau ikut definasi aku teguran tu semacam kata-kata yang dikeluarkan oleh satu pihak kepada pihak yang lain untuk membaik pulih sesuatu benda...
sebagai contohnya aku bagi 1 dialog untuk korang paham...

 Si A: ko jangan buang sampah merata-rata...macam pengotor je aku tengok ko ni...
Si B :  Suka hati aku lah...ko egat ni tanakh ko ke...

itulah sebagai contoh teguran...tetapi setiap manusia selalunya mempunyai tahap keegoaan yang tinggi...mereka jarang sekali menerima teguran tersebut. hasilnya jadi lah macam jawapan si B kepada
si A ...emmm...macam manalah kita ni nak maju...

kenapa kita tidak ambil teguran tu sebagai positive side...ini tidak, kita selalu tengok dia dari segi negative side..sebab tu lah kita tak dapat terimanya utuk menjalani perubahan...(ps: aku pon sama gak tak suka bila orang tegur aku)...tapi kira okey lah orang tegur kita, daripada dia sindir kita...amik ko...panas telinga kau...kalau sindir ni kebiasaanya mereka menggunaka perkataan yang pedas macam cili kampung tau...sapa yang terkena, mesti pedas dan kebahangan....hehehehhe...


sekarang ni baru nak masuk cerita entry aku...salahkah kalau kita tegur orang atasan?? rasa tercabarkah mereka??banyak betul persoalan yang merewang di kotak minda aku..tapi kebiasaanya yang aku tengok, kalaus eseorang yang berkedudukan rendah tidak boleh menegur orang yang lagi atas daripadanya...wahhh!! ni dah kira kes diskriminasi ni...kita perlu ingat setiap orang melakukan kesilapan..so take note lah atas teguran tu...


even kalo kamu seorang yang ternama sekalipun, still need teguran untuk memperbaiki diri kamu...jangan pulak emo semacam bila dapat teguran tu...boleh pulak teguran dibalas dengan ugutan...aiiissshhh..memang hancur lah jawabnyer...kita kan tinggal di negara berdemokrasi...so, ada hak bersuara...

yang selalu tak puas hatinya, bila kita buat teguran pada pihak atasan, mereka ambil sambil lewa je...mentang-mentang lah aku ni tak de pangkat...cuba kalo aku ni YB, mesti dah lama mereka ikut teguran tu...kita mesti ingat bahawa teguran itu akan membuatkan kita lebih maju ke hadapan..

Thursday, August 18, 2011

bengang gila aku....GERAAAMMMM!!

hye para pembaca...hari ni tetiba je ada news yang buat mood akuhilang...bengkek sehyy hati ni bila dapat info ni last minit...tak profesional betol organisasi ni...tak habis-habis nak menyusahkan student dia je...mentang-mentang kuasa veto dieorang pegang, boleh pulak sesuka hati nak arah kan student dieorang...pergi jahanam lah...

mula-mula nak cerita pasal nak pergi internship ni...pengurusan dah lah worst gila...kalau tak boleh manage sebab banyak keje, meh lah bagi kat kami (student) handle sendiri...ni tak, even sampai hari nak pergi pon still ada problems...aiissshhh marah betol aku...dah lah tu, pergi internship tak de surat insurans...egat nyawa aku and kawan-kawan aku ni murah ker...kalaulah ada berlaku accident time 2, memang mati katak lah jawabnya kami...kecian betol akutengok kawan aku seorang ni, dia kena gigit dengan ungka time dia buat LI, tapi haram jadah, satus en pampasan pon dia tak dapat...kecian gila...university pon but bodoh je...naseb baik tak mati....geram sehyy... egat dolu belajar kat university ni makin best...tapi hampeh betol...


dah lah tu, boleh pulak main tukar-tukar tarikh present the report...ingat bapak aku ni taukey bas ker...kalau lah dah beli tiket time tu, memang aku dah sumpah seranah dah....tapi still boleh sabar lagi...ikut je apa yang dieorang buat....then kene attednd plak bengkel methodology research tu...memang lah bagos kan...tapi yang begkek gila, dieorang suro lectue yang tak expert pergi present...hasilnya, haram jadah aku paham...macam ueless betol aku attend class tu...


then tetiba pulak kami digemparkan...para siswa kene duduk dalam bilik seramai 20 orang...kecian gila sehhyy...dolu banyak gila janji manis ditaburkan...tak payah berjanji kalau x dapat kotakan...buat malu je lah....bagi harapan palsu je pada student dia....hentikan lah weyyy...rasa menyesal betol aku masuk uiversity ni...bengang lah...



tak habis dengan tu.ni lagi satu benda aku complaint...kalau dieorang nak buat sesuatu function mesti last2 minit bagi tau...kalau attend..ni lah ugutan yang selalu dibagi...
  1. jatuhkan gred mahasiswa tersebut
  2. tahan waktu grad nanti...
  3. cary mark mahasiswa...
tu lah antara ugutan yang  pernah aku dapat lah...weiii...macam budak-budak dia layan aku...sekolah pon takde lah macam ni...bangang betol...tak puas hati aku dengan pihak uni...kalau lah aku boleh pindah, dah lama aku keluar.. aku tak mau lagi dok sana ...macam helll je dok sane...pergi jahanam lah...

ishhh aku ni...posa2 pon mare2 je...apa lah nak jadi...actually tu lah suara x puas hati aku ...depend lah yang pentiing aku puas

Pages