Followers

Friday, March 5, 2010

warna-warni dalam hidup

setiap orang ada warna diri tersendiri...warna2 inilah yg boleh melambangkan ciri2 atau sifat kita...so nk tau lebi lanjut pe maksud warna2 tersebut....




EMAS
Positif: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semulajadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.
Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup. 


PUTIH
Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka dan serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
Negatif: Boros berbelanja. 



KUNING
Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyuman yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.
Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cenggeng dan 

mudah menyerah


MERAH
Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadang kala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung. 


HIJAU
Positif: Rajin dan jujur bekerja di samping tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.
Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadang kala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot. 


MERAH JAMBU
Positif: Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak. 


PERANG / COKLAT
Positif: Jika anda seorang wanita, anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.
Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah. 


PERAK
Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik serta disengangi orang lain.
Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri. 



UNGU
Positif: Humor dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah. Mempunyai inisiatif dan keinginan tinggi yang meluap-luap.
Negatif: Sombong dan sedikit emosi. 



HITAM
Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
Negatif: Suka menyendiri, prihatin tetapi cepat tersinggung.


KELABU
Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.
Negatif: Cenggeng dan agak pemalas. 



JINGGA
Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.
Negatif: Cenggeng dan cepat mengalah dengan tekanan. 



BIRU
Positif: Ada ketengangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada dimana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap anda.
Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersikap angkuh.


so pe kah warna anda....egat setiap warna tu ada kelebihan masing2...huhu...=)

No comments:

Post a Comment

Pages