Followers

Thursday, February 24, 2011

may u help me??

hello my lovely readers...i'm so sorry because i havent write anything on this week...actually i'm very busy to finish up boundary noise report...now everythings was settle...so i wan to write something in my blog...before that i want to ask you all something...how is it my blog?? still need improvement right? so after i discovered and read others blog, i try to make my blog become attractive...

i'm very excited to change the layout of blog...so i started to make my own layout...
so this is my own layout..
is that okey? hehehe


emmm...then i try to put this picture as my layout...
depend the guideline state at certain blog...
but the size of the picture is not same as above...
what should i do?
anyone can help me??
i just want to kow the image size for layout blogs...emmm

Thursday, February 17, 2011

transformasi??

betul kata orang bila dah besar anti muka kita akan berubah kan...kali ini saya nak tunjuk perubahan wajagh saya sejak 2001 sehingga 2011...agak-agak banyak ke perubahannya?? mari kita sama-sama lihat...


transformasi wajah saya...


ini masa darjah 6 (2001)


ini masa tahun 2006


ini pula masa tahun 2010


yang ini pada tahun 2011..

so. macam mana? ada banyak perubahan kan...
biasalah muka saya semakin matang kan...dulu masih kanak-kanak..
anda pon mesti serupa macam saya kan...
muka berubah dari kecil...

saya baik hati kan...hehehe

since saya banyak masa terluang ini, saya nak cerita semua yang terbuku dan telah lama postpone dalam ruang minda saya. sebenarnya banyak yang ingin dikongsikan tetapi masa sahaja yang tiada. sebab itulah kadang-kadang saya terlupa untuk update blog kesayangan saya ini.ok lets start the story ye... saya cerita pasal pengalaman saya ketika menyelamatkan seekor anak burung yang dalam kesusahan. dah macam cerita tauladan lah pula saya rasa..

ceritanya bermula apabila saya terlihat satu objek yang sedang bergerak-gerak di atas rumput. maka saya pergi meninjau ke kawasan tersebut. saya jadi kaget bila saya lihat seekor anak burung yang penuh kerengga di badannya.. sungguh kasihan anak buruk tersebut..dengan perasaan separa berani saya cuba untuk pegang anak burung tersebut. mula-mula dia agak garang kepada saya. tapi bila dia tahu yang niat saya hanya hendak menolong, dia menjadi lebih mesra kepada saya...

saya membuang semua kerengga yang menggigit tubuhnya itu..selepas itu saya bagi dia minuman dan sedikit roti.. saya sempat bagi nama pada dia...saya bagi nama CICI pada dia...CICI sememangnya buruk yang jinak...setelah agak sembuh, saya membiarkan CICI pergi..memang sayu perasaan ketika hendak melepaskannya pergi..tapi itulah yang terbaik supaya dia boleh tinggal dengan familynya...

saya baik hati kan?? hahahha..(puji diri sendiri je kan)...saje je bergurau dengan kamu semua. apa pun itulah sikap yang kita mahukan..kasih kepada haiwan kerana mereka juga bernyawa...apa pun saya merindui CICI sangat-sangat..saya berharap moga CICI sihat bersama family nya....

inilah CICI...


comey kan CICI..


smile CICI...


Selamat jalan CICI...

boleh tak saya shuffle??


selamat pagi para pembaca  yang saya sayangi...hari ini saya sangat tertarik untuk menulis tentang tarian shuffle.tapi saya tek berapa pasti atau dengan kata lain saya just tahu shuffle tu satu bentuk tarian yang digemari oleh golongan remaja masa kini. tarian ini berpandukan rentak music yang dimainkan. ianya seolah-olah satu bentuk body language yang digunakan untuk menterjemahkan lagu tersebut..

penari mestilah bijak untuk mengawal pergerakan tangan dan kaki mereka. jika salah langkah mereka akan mengalami kecederaan. lengokkan tarian sangat lembut ibarat kain yang terbang di udara. saya pon ngeri kalau tengok mereka menari.. agak-agaknya boleh ke saya menari macam mereka...hehehhe...of course lah not kan...mahu saya masuk ke hospital sebulan kalau nak try menari ni...apa-apa pun kalau ada maklumat tambahan yang nak share pasal shuffle ni just inform saya ye...hehehe



Wednesday, February 16, 2011

my journey stop at A.H....

salam my lovely readers....salam maulidur rasul juga walaupun ucapan terlambat sehari...tapi yang penting adalah saya sentiasa mengingati dan mencintai Nabi Muhammmad SAW. baginda merupakan idola saya sepanjang hayat.saya harap baginda juga merupakan idola kamu semua. baginda sememangnya menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan saya.. oleh itu kita hendaklah selalu berselawat moga kita mendapat syafaat baginda pada hari akhirat kelak..

hari ini saya nak cerita tentang pengalaman yang telah saya lalui semalam. setelah pulang bekerja pada pukul 2 pagi, saya terus melelapkan mata sehingga tidak sedar akan incoming call from my parent. bangkit sahaja daripada tidur saya terus call mereka. satu perkhabaran dukacita dikhabarkan pada saya. atuk saya telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.40 pagi semalam. saya pun terus bersiap untuk pulang ke rumah.,


ini bukan gaya saya ye...hehehe

dengan menunggang motorsikal seperti sediakala saya memulakan perjalanan dari kluang ke batu pahat. tapi malang sabgat perjalanan saya terhenti di A.H. agak-agak pembaca A.H itu stand for what?? kenapa agaknya perjalanan saya terhenti?? saya akan menjawab semua persoalan tersebut...



dekat area ini lah my motor problem...

nyway A.H itu adalah Air Hitam lor......hehehhe...perjalanan saya terhenti sebab tayar pancit dengan tiba-tiba...bukan sebab saya GEMUK tau...huhuhu......then saya pun jalan kaki until ada satu abang ni baik dan sanggup nak menumpangkan saya ke station bus Air Hitam...perjalan saya kembali bersambung sehingga ke batu pahat...banyak sungguh rintangan yang saya perlu lalui kan...


bus penyelamat sudah sampai...


saya selamat sampai dan sempat melihat jenazah arwah atuk saya... sangat sebak ketika itu...kini saya tidak mempunyai atuk lagi... saya berharap agar roh atuk ditempatkan di sisi orang-orang beriman..apa yang pasti dunia ini hanya sebagai pinjaman dan setiap orang pasti akan pulangkannya kepada Pencipta.

so itulah story saya.. terima kasih kerana anda sudi luangkan masa membaca blog saya...sayang kamooo....

~cintaepal~

Monday, February 14, 2011

DIET?? apa tujuan sebenarnya??

hai para pembaca yang saya sayangi... tangan saya tertarik untuk menulis tentang isu DIET yang sering kita dengar dalam kalangan remaja masa kini...apa sebenarnya tujuan mereka nak diet ye?? boleh anda jelaskan pada saya... by the way saya pun amalkan diet juga.. salah satu tujuan utama adalah untuk maintain kan berat badan saya. anda pula berdiet kerana apa ye?? sebenarnya tujuan utama setiap orang berdiet adalah untuk menjaga kesihatan mereka. itulah motif yang paling betul. kita hendaklah memulakannya proses ini di usia muda jika kita mahu mencegah pelbagai penyakit yang merbahaya pada usia tua kelak.

untuk memastikan diet yang kita amalkan itu berkesan, kita hendaklah berpandukan kepada piramid makanan yang telah ditetapkan. dengan menggunakannya, segala jenis zat makanan yang diperlukan kepada badan kita akan sentiasa dalam kuantiti yang diperlukan. ini adalah piramid makanan yang telah disyorkan. saya pinjam masa anda untuk anda membacanya okies...



kita harus mengikut kuantiti yang telah ditetapkan. jika kita terlebih mengambil makanan yang berada di puncak piramit, kemungkinan besar kita akan mengalami masalah obesiti. apa itu sebenarnya obesiti...mari kita lihat definasi obesiti ye para pembaca. menurut wikipedia obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


masalah obesiti juga telah menular dalam kalangan rakyat malaysia. mungkin ini disebabkan negara kita terlampau kaya dengan makanan. selain itu terdapat juga segelintir rakyat malaysia yang tidak dapat mengawal nafsu makan mereka dan menyebabkan mereka dalam keadaan obes. ini adalah contoh gambar yang mereka yang mengalami obesiti...


sungguh menggerunkan jika hal ini berlaku pada saya. hahaha...jadi beringatlah ketika makan. apabila masalah obesiti telah berlaku maka inilah akan menjadi salah satu daripada faktor kemurungan. persepsi masyarakat kepada golongan obesiti akan menambahkan lagi tekanan terhadap individu tersebut. lama-kelamaan akan timbul lah masalah mahu diet yang terlampau...diet terlampau berlaku apabila individu tersebut sanggup mengabaikan kesihatan diri mereka untuk menjadi kurus. bahkan mereka juga akan mengambil ubat-ubatan yang berbahaya sehingga kadang-kadang boleh menyebabkan mereka mengalami penyakit aneroksia. aneroksia adalah individu yang terlampau kurus yang sentiasa menyangka dirinya masih gemuk. kita boleh lihat gambar di bawah yang menunjukkan aneroksia.



apa pun sebenarnya dengan berpandukan piramid makanan masalah obesiti dan aneroksia dapat diatasi.
saya tertarik dengan artikel diet zaman batu. mungkin kita boleh aplikasikan dalam pemakanan kita.

Diet zaman batu...

Makanan yang terbaik adalah makanan yang tidak perlu dimasak lama. Tiada toksin di dalamnya yang perlu dibuang melalui pemanasan. Seandainya makanan itu perlu dimasak lama sebelum boleh dimakan itu bermakna makanan tersebut mempunyai toksin yang banyak. Kalau dimakan mentah akan memudarat dan mendatangkan penyakit. Saya memberi contoh kentang, nasi dan ubi yang tidak boleh dimakan mentah. Ikan dan daging lebih cepat masak berbanding nasi. Cuba anda fikirkan yang manakah yang lebih selamat dimakan. Di zaman batu (paleolithic) manusia sangat kuat tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak. Diet paleolithic menjadi satu isu yang menarik untuk dikaji. Walaupun buah-buahan merupakan sumber karbohidrat yang sihat, namun begitu tidak semua buah-buahan adalah sama. Buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang rendah seperti nangka atau lemon adalah lebih baik berbanding buah yang mengandungi gula yang tinggi seperti mangga dan pisang. Buah buahan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat di dalam darah apabila dimakan. Keadaan ini akan merencat penghasilan hormon yang perlu untuk anti-penuaan dan kesihatan seperti kortisol , growth hormone, testosterone, estradiol, DHEA dan androstenedione. Karbohidrat merupakan salah satu gizi makanan yang mustahak untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh kita. Dalam kesihatan moden, karbohidrat boleh dikategorikan sebagai karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik. Secara asasnya, semua karbohidrat merupakan bahan berstruktur gula. Jenis karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan gula di dalamnya iaitu:

• Monosakarida: 1 unit gula seperti glukosa dan fruktosa

• Dissakarida: 2 unit gula seperti sukrosa dan laktosa

• Oligosakarida dan polisakarida: Banyak unit gula seperti glikogen, kanji dan sellulosa

ini adalah corak pemakanan bagi masyarakat vietnam yang patut kita contohi..
Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.
Selain sup, popia berintikan sayur-sayuran turut dihidangkan semasa sarapan. Sayur-sayuran itu dimakan mentah. Hidangan tengah hari juga merupakan sesuatu yang unik bagi kami. Menu di semua restorannya menawarkan sayur-sayuran jauh lebih banyak berbanding ikan, ayam dan daging. Kami menjeling beberapa wanita Vietnam yang sedang menikmati makanan tengah hari. Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam.
Di Vietnam kami tidak berjumpa keropok atau makanan segera yang berperisa. Di mana-mana rakyat mereka mengunyah buah-buahan segar atau jeruk buah-buahan. Mereka turut memakan umbut dan kacang namun kami tidak berjumpa kentang dan juga ubi keledek.
Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak. Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan. ianya sangat bertentangan dengan cara pemakanan bagi penduduk di Malaysia. Di dalam diet kita sehari harian, karbohidrat merupakan komponen terbesar. Di sebelah pagi kita dihidangkan dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang dan pelbagai jenis nasi, mi serta roti. Makanan berasaskan gandum mengandungi karbohidrat hampir seratus peratus. oleh itu kita hendaklah mengubahnya mulai sekarang untuk mendapat kesihatan yang tidak ternilai... fikirkanlah wahai pembaca yang bijaksana..
 
 
~cintaepal~

say NO to kemurungan.....

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca segala coretan dalam blog saya. Hari ini saya tertarik untuk mengupas isu kemurungan dalam kehidupan seharian kita. sebelum memulakan pencoretan saya, kita kena tahu definasi perkataan "kemurungan" yang merujuk kepada perasaan sedih yang dialami oleh seseorang individu (Wicks-Nelson & Israel, 2003). Namun sebenarnya perkataan ini sukar ditafsirkan. Ini kerana ia boleh membawa banyak maksud dan boleh digunakan dalam pelbagai keadaan (Sprinthall & Collins, 1995; Haugaard, 2001). Kemurungan boleh dianggap sebagai suatu perasaan, suatu sindrom atau suatu penyakit klinikal (Dacey & Kenny, 1997). Dalam kajian ini, kemurungan akan dilihat sebagai suatu kecelaruan perasaan dan ianya adalah penyakit yang cukup berbahaya. Ia mampu menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakibatkan perubahan tingkah laku dan akhirnya mencederakan diri sendiri atau lebih teruk lagi - bunuh diri.


Sebaliknya, kemurungan atau depresi merupakan masalah serius yang memberi impak kepada setiap aspek kehidupan remaja berkenaan. Jika dibiarkan tanpa rawatan ia mampu menimbulkan masalah lebih besar di rumah dan sekolah. Lebih tragik lagi jika remaja itu terlibat dengan dadah, membenci diri sendiri, bertindak ganas dan akhirnya membunuh diri.

kebalakangan ini kita sering mendengar isu bunuh diri semakin berleluasa di seluruh dunia. mengapakah kejadian seumpama ini boleh berlaku?? apakah yang menyebabkan mereka bertindak sebegitu? ini adalah berpunca daripada masalah kemurungan yang berada di tahap kritikal sehingga mereka hilang kewarasan akal. mereka tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk sehingga mereka tergamak mengambil dan mensiakan nyawa mereka sendiri.


Dunia telah mengakui bahawa kemurungan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Penyakit mental dan kecelaruan tingkah laku wujud dalam semua masyarakat di mana sahaja mereka berada. Menurut anggaran yang dibuat oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, 154 juta orang di seluruh dunia mengidap masalah kemurungan, 25 juta mengidap penyakit skizofrenia dan 15 juta terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Sebanyak 877,000 orang pula mati kerana membunuh diri.

ini adalah contoh kejadian tragis yang telah pun berlaku di Malaysia.

Pelajar Perempuan Bunuh Diri Selepas
Mengumumkannya Di Facebook

MELAKA: Satu pengalaman dahsyat apabila seorang remaja bermasalah mati setelah terjatuh dari tingkat dua sekolahnya – beberapa hari selepas menulis di Facebooknya tentang keinginan mengambil nyawa sendiri. Dalam tragedi 9.15 pagi Selasa, Sally Lee Qian Chun, pelajar Tingkatan Lima berjalan keluar sewaktu menghadiri kelas Kimia di makmal tingkat satu dan pergi ke bilik darjahnya di tingkat atas.Saksi di SMK Seri Kota, Ayer Leleh terkejut mendapati Lee, 17, duduk dalam keadaan berbahaya di koridor yang menghadap bilik darjah kosongnya sebelum terjatuh ke belakang. Dia mengalami kecederaan di kepala yang membawa maut. “Dia kelihatan gembira semasa Tahun Baru Cina. “Malah saya melihat dia pada Isnin dan dia kelihatan baik dan gembira,” katanya ketika ditemui pada bilik mayat Hospital Melaka di sini, pada Selasa. Bagaimanapun terdapat cerita lain dalam Facebook Lee. Sejak 17 Jan, dia telah menghantar beberapa komen-komen kurang menyenangkan, malah mengatakan ini akan menjadi Tahun Baru Cina terakhirnya. Apa yang ditulis menjadi lebih teruk pada Jumaat lepas apabila dia menulis yang dia telah merancang untuk mengambil nyawanya sendiri pada bulan lepas.Pada malam Ahad, pada sekitar 11.07 malam, Lee mengadu di Facebooknya tentang satu hubungan yang gagal dan janji-janji yang tidak dikotakan ketika mengulangi keinginannya untuk ambil hidupnya sendiri. Komen beraninya mendapat cemuhan dari rakan-rakan dalam talian. Malah beberapa rakannya menyuruh dia bertindak seperti mana yang dia mahu lakukan. Dalam pengeposan terakhirnya pada 3.45 petang Isnin, Lee mengingatkan rakan-rakannya supaya mengotakan janji mereka membelikan sebuah patung beruang dan keranda. Dia juga memberitahu mereka supaya tidak merinduinya apabila dia telah tiada dan menjaga diri mereka.

ini pula kejadian yang serupa yang berlaku di luar negara...

Simone Back memutuskan untuk membunuh dirinya namun sebelum itu,dia meng updatekan status terakhirnya di Facebook, namun tiada seorangpun dari 1048 “rakannya” dilaman web sosial berkenaan yang berusaha menyelamatkan nyawanya ataupun menghentikan cubaan bunuh dirinya itu..Mereka hanya berdebat tak berhujung pangkal. Simone Back yang berusia 42 tahun itu telah mempostingkan sebuah pesanan terakhirnya di wall Facebook miliknya pada pukul 10:53 di pagi Krismas dengan menulis “Aku telah mengambil semua jenis pil, agar aku segera mati,.. selamat tinggal semua..” Tiada seorang pun kenalan Facebooknya yang percaya. Sebahagian temannya menyebut Simone Back merupakan seorang penipu, bahkan salah seorang temannya mengatakan “itu adalah pilihannya.” Tujuh belas jam kemudian, polis masuk secara paksake dalam flatnya di Montague Street, Brighton, dan akhirnya menemui Simone Back telah meninggal dunia. Ibu Simone Back, Jennifer Langridge yang telah menghubungi talian kecemasan 999 setelah seorang rakannya yang khuatir mengenai keselematan Simon telah mengirimkan sms kepadanya tentang catatan bunuh diri online anaknya tersebut, dengan mengatakan mungkin Simone Back memerlukan bantuan. Kerana cacat, ibu Simone Back tidak dapat menaiki tangga flat anaknya, lalu dia membuat keputusan untuk menghubungi pihak berkuasa. “Hal yang paling menyedihkan adalah apabila memikirkan tiada seorangpun yang melakukan sesuatu untuk anak saya walaupun setelah diberitahu di laman web sosialnya,” kata Jenifer. Beberapa “teman” Facebook Simone Back yang tinggal di luar kota memohon agar Back online, memberikan nombor telefon atau alamat agar segera mendapatkan bantuan. Namun tidak seorangpun rakannya yang tinggal berdekatan dengan flat Simone Back melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Back.

Menurut lembaga Registrasi Bunuh Diri Nasional Malaysia atau National Suicide Registry Malaysia (NSRM), antara Januari dan Agustus 2010 lalu, total 425 orang melakukan bunuh diri. Ini berarti rata-rata 60 orang bunuh diri tiap bulan (termasuk kematian yang belum dipastikan penyebabnya).

Terdapat juga penyelidik yang mengatakan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam kadar kemurungan di kalangan remaja lelaki dan perempuan [Baron & Joly, 1988 (disebut dalam Wade, Cairney, & Pevalin, 2002); Bachanas & Kaslow, 2001]. Penyelidik-penyelidik lain pula mengatakan bahawa remaja perempuan biasanya lebih mudah dilanda kemurungan berbanding remaja lelaki (Ingersoll, 1989; Haugaard, 2001). Menurut Nolen-Hoeksema dan Girgus (disebut dalam Bachanas & Kaslow, 2001), pada umur 15 tahun, kemurungan di kalangan remaja perempuan adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding remaja lelaki, dan perbezaan jantina ini akan berlanjutan hingga ke zaman dewasa. Steinberg (1999) pula berpendapat bahawa perasaan kemurungan adalah lebih umum di kalangan lelaki berbanding perempuan sebelum akil baligh, manakala kecelaruan kemurungan lebih umum di kalangan perempuan berbanding lelaki selepas akil baligh.

apa pun gejala kemurungan ini sudah menjadi trend selaras dengan isu bunuh diri. Untuk informasi tambahan yang telah saya baca, sebenarnya terdapat lima faktor digunakan bagi mengdiagnosis kemurungan dalam kehidupan seseorang.

1. Mood negatif - rasa sedih, rasa ingin menangis, risau mengenai perkara buruk, risau atau kecewa dengan semua perkara dan tidak berupaya membuat keputusan

2. Masalah interpersonal - kesukaran atau masalah berinteraksi dengan orang, anti sosial dan kerap mengasingkan diri (pengasingan sosial).


3. Inffectiveness?- penilaian negatif terhadap keupayaan diri sendiri


4. Anhedonia - tiada tenaga, tidak upaya menikmati pengalaman menyeronokkan, masalah tidur, hilang selera dan suka menyendiri


5. Rendah jati diri - tidak suka diri sendiri, rasa tidak disayangi dan cenderung untuk bunuh diri

masalah kemurungan mestilah diatasi dengan sebaik-baiknya. jika ianya tidak dihalang maka ianya akan menjadi masalah yang amat serius kepada semua pihak. kita sebagai masyarakat hendaklah cuba untuk mamahami golongan ini dan tidak menambah tekanann kepada mereka..contoh mudah sebagai student, kita hendaklah mengenali rakan kita dan cuba mengembirakan hati mereka jika mereka dalam keadaan kemurungan.. berikan sokongan moral kepada mereka..

~cintaepal~

Friday, February 11, 2011

16 chemicals exposure tested?

I have feel like this before.. doing 16 chemicals exposure report was not easy as i tought...
i have to calculate a lot of things...the speed of chemicals or the other name is chemical's flow rate..
i also calculate the TWA for the chemicals...and lastly i have to calculate the chemicals exposure for 8 hours... by the way it was intrested job because i work with number...
by using a technique with calculator, everything became so easy..
thanx my calculator....
i want to show the picture of chemicals that we tested...
using a certain flow rate and a chemicals tube like silica gel and charcoal, we tested it...
the 16 chemicals we tested are:

  1. Respirable Dust
  2. Crystalline Silica
  3. Methyl Ethyl Ketone
  4. n-Butanol
  5. Methanol
  6. Ethyl Acetate
  7. Butyl Acetate
  8. Ethyl Benzene
  9. Xylene
  10. Toluene
  11. Isobutanol
  12. Methyl Isobutyl Ketone
  13. Trichloroethylene
  14. n-Hexane
  15. 2-Butoxyethanol
  16. Isocyanate
all this chemicals were exposed to the workers at certain department in MULTI SQUARE SDN BHD for 8 hours.
that why we must calculate it for 8 hours. eventought we just take a few hours to run the machine..
this tested was important to determine wether the chemicals are hazard to the workers or not...
lets see the picture okies...

this machine tested

n-Butanol

Trichloroethylene

Xylene




finally i have finished it...
yeeehaaaaa......
another report coming.....
hehehhe......=)

Thursday, February 10, 2011

sekolah rendah seri beroleh....

salam para pembaca...selamat malam+oyasumi...hari ini saya banyak mengelamun lah..
.memikirkan sesuatu tidak pasti...sebab apa saya jadi begitu?? sebab saya tinggal seorang hari ini..
rumate saya balik ke KL sebab mak cik dia meninggal dunia...marilah kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah..moga rohnya ditempatkan di sisi orang beriman...Al-Fatihah...

sedang saya mengelamun sambil berfacebooking...tiba-tiba saya ternampak satu gambar...
yang telah mencetuskan idea saya...menggerakkan minda saya untuk terus menaip...
semuanya tentang sekolah rendah saya...
di mana tempat mula-mula kami bertemu...hehehhe...

sudah 10 tahun saya meninggalkan sekolah tersebut...
lastly masa tahun 2001...now dah 2011...cepat sungguh masa berlalu..
itulah titik permulaan saya kenal erti alam persekolahan...
bermain adalah dunia saya di sekolah pada masa itu...
maklumlah masih kanak-kanak lagi katakan...
kamu semua nak tengok tak gambar-gambar sekolah saya sekarang...


inilah sekolah saya...sek. keb seri beroleh

 inilah tempat saya dijemur ketika assembly..
benci betul masa tu... tapi kini saya rindukannya..
saya selalu main dekat sebelah bangunan ini...




itulah gambar sekolah saya...
apa yang mengejutkan saya...
sekolah saya bertukar menjadi lautan pada jun 2010..
seumur saya belajar di sana tiada banjir seteruk ini...
kalau ada..confirm saya orang pertama pergi terjun parit...
saya kan budak nakal...
inilah keadaan sekolah saya pada masa tersebut...


 wah air sudah meilmpah ke sekolah..

 tengok ni dah macam lautan kan...

 seronoknya mereka...kalaulah saya ada...

tempat makan & main saya sudah penuh air..




itulah sekolah saya...
kalau lah saya masih belajar di situ mesti saya orang paling gembira..
bermain dengan rakan-rakan air hujan...
apa-apa pun banyak memory yang saya tinggalkan di sana..
ianya sangat bermakna dan tak dapat dibeli dengan wang sekalipun...
saya sayang sekolah saya...


~cintaepal~

learning to make my own header...

wahhh!!!it is not easy as i tought lor...making a header for my blog need a lot of patience to do...
it also take a long time to make it....but finally i have finished my own header...
by using just a little information about adobe photoshop...i decide to edit my picture...
by the way, it is not the new things to me...but i havent touch photoshop since last year...
so i forgot a lot of things....
but i just try and error...
i want to combine some picture in my header...
the most thing is chowder picture..hehehhe....

this is the result after i finished edit it...


my first editted...

second editted..

final editted...

it is not too beautiful right?? but it is still ok...my first trial...
hopefully after this i can  do a lot of improvement...


Tuesday, February 1, 2011

hutan lipur gunung berlumut....

hari ini saya ingin menulis tentang aktiviti yang saya buat semasa menunggu machine itu habis operasi...
memang penat lah ...kami telah memasang machine pada workers untuk menganalisis kandungan n-hexane yang terdedah kepada para pekerja yang terlibat dalam mengendalikan bahan tersebut...
ini adalah untuk menjaga kebajikan mereka supaya tidak mendapat penyakit yang berbahaya apabila mereka bersara nanti...
kami juga telah memasang noise machine di mana machine tersebut adalah untuk menkaji bunyi bising yang terdedah kepada mereka.. terdapat hanya certain limit bunyi yang dibenarkan oleh DOSH..dan company haruslah mematuhi limit tersebut...
kami memasang ambient air machine untuk mengkaji kualiti udara yang terdapat di sana...

setelah semua machine dipasang...kami decide untuk melakukan aktiviti lain..
kami dengan dua kakak staf telah merehatkan diri di sini...


inilah tempat yang kami tuju...walau saya orang johor sekalipun...
inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini...
memang sangat seronok apabila badan tengah letih dan kaki disejukkan dengan aliran air..
rasa semua masalah hilang masa itu... 




ini adalah facilities yang terdapat di sana..
teringat pula saya kepada subjek yang pernah saya belajar..(park management)
masa itulah baru saya sedar akan kepentingan ilmu tersebut...
thanx kepada lecturer yang mengajar saya...hehehehe



tengoklah muka-muka gembira kami apabila ternampak air..
itulah ketenagan yang dianugerahkan oleh tuhan kepada makhluk di bumi ini...





















 inilah cara kami bekerja...
jangan terlalu tension...
kita kena bijak mengatur masa...
itulah kata-kata yang selalu dilontarkan oleh bos kami...

~cintaepal~

Pages