hai para pembaca...hari ini saya ingin menulis sesuatu yang sering kita alami..
lebih-lebih lagi bila kita di dalam dilema...
sebelum memulakan sesi penulisan...eloklah saya bertanya...
sama ada para pembaca pernah mengalami perasaan yang curiga atau tidak puas hati atau apa-apa perasaan yang dianggap sebagia penyakit hati..
saya juga ingin bertanya kepada anda...bagaimana cara terbaik anda merawat penyakit tersebut??
adakah dengan cara yang positive ataupun negatif..
biasalah setiap manusia punyai cara yang tersendiri untuk mengatasi masalah mereka...
tetapi harus diingatkan jangan sesekali kita mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah...
sebagai contohnya perkara yang biasa remaja masa kini lakukan untuk mengurangkan masalah mereka..
mereka mengambil pil khayal+minum arak+ hisap ganja dan sebagainya...
terdapat juga remaja yang hilang pertimbangan akal mereka sehingga mereka sanggup membunuh diri sendiri..
nauzubillah...di mana kah mereka letakkan kewarasan akal mereka??
tidak terfikirkah mereka yang jalan yang mereka ambil tu tidak akan menyelesaikan masalah tersebut...
bahkan ianya menambahkan lagi masalah...
kita telah dianugerahkan akal fikiran yang tidak ternilai harganya...
oleh itu kita gunakan nya sebaik mungkin untuk melalkukan sesuatu...
renungkanlah wahai semua...
jika kita tidak puas hati terhadap seseorang...
janganlah kita simpan lama-lama kerana ianya akan menjadi racun dalam hati kita...
alternatif yang terbaik adalah meluahkan rasa tersebut..
tak kira lah sama anda luahkan pada Tuhan, kawan-kawan, pokok ataupun angin...
itulah caranya anda melepaskan sesuatu...
tapi saya sarankan anda luahkan pada yang MAHA ESA..
kerana DIA maha mendengar...
bagi saya, saya suka menyendiri menyimpan semua msalah itu..
kalau bebanan itu terlalu berat maka saya akan hanya luahkan pada DIA...
pabila sesi luahan tamat..hati saya akan berasa lega..
itulah ketenangan yang ALLAH bagi...
saya bersyukur kerana DIA mahu mendengar luahan saya walaupun saya seringkali alpa dan lupakan dia...
lumrah manusia hanya ingat pada DIA ababila punyai masalah...
apa-apa pun saya nekad mulai hari inoi saya akan sentiasa muhasabah diri saya...
saya tidaka akan mengulangi segala perbuatan salah yang pernah saya lakukan...
saya selalu berdoa untuk mendapatkan keredaan daripada NYA...
kerana cinta ILAHI adalah cinta HAKIKI....
~cintaepal~
No comments:
Post a Comment