Followers

Tuesday, March 8, 2011

bila manusia berajakan NAFSU...

selamat sejahtera pada para pembaca yang saya sayangi...
hari ini saya berminat untuk menulis entri pasal pembuangan bayi...
entri ini ditulis setelah terbaca shoutbox saya yang meminta saya menulisnya...
sebelum memulakan penulisan saya..
mari kita overview sebentar koleksi gambar-gambar baby yang comey...
gambar ini semua saya google sahaja..






tengok gambar baby yang ada di atas...semuanya comey kan..
muka mereka suci ibarat kain putih yang masih dalam plastik lagi...
tetapi mengapakah ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab..
sehingga sanggup meragut nyawa bayi yang tidak berdosa ini...
di manakah letaknya sifat kemanusiaan yang telah dipelajari di sekolah??
adakah sia-sia sahaja tentang akhlak dan moral yang diajarkan oleh guru di sekolah..
kenapa mereka tidak praktikannya dalam kehidupan seharian mereka...
inilah yang selalu menjadi tanda tanya dalam fikiran kita.

isu membuang bayi acapkali terpampang di dada akhbar..
ianya seolah-olah telah menjadi trend dalam kalangan remaja masa kini..
tidak ada rasa bersalahkah dalam diri mereka?
tidak rasa takut kah mereka akan dosa yang mereka lakukan?
kenapa jalan yang begitu mereka pilih?
apa yang penting keruntuhan akhlak dalam diri mereka memang kelihatan ketara..
apa yang sebenarnya mereka mahu dalam hidup ini?

hanya satu perkataan yang sesuai untuk mereka ialah HILANG AKAL ..
ianya adalah  gambaran sikap melampau remaja yang terjerumus dalam aktiviti seks luar nikah sehingga ‘bunting’ anak haram..tak cukup dengan tu mereka membuang atau membunuh zuriat itu tanpa berperikemanusiaan. saya sangat pelik kerana majoritinya yang melakukan kes ini adalah remaja melayu..
kalau nak kata mereka tidak mendapat pendidikan agama, nampak sangat ianya satu bohongan..
mereka telah diajarkan ilmu agama sejak dari tadika lagi.. kita boleh lihat sebagai contohnya di negeri saya sendiri iaitu johor, still ada isu buang bayi. padahal di sini terdapat sekolah agama yang mengajar mereka akidah dan tauhid..adakah mungkin kerana keterpaksaan datang ke kelas membuatkan mereka tak dapat input yang diajar oleh guru?

Jika dikaji, memang tidak dinafikan perhubungan seks bebas mendorong gejala pembuangan bayi. Apabila sudah mengandung dan bagi mengelak malu kepada keluarga, cara mudah ialah membuang atau membunuh bayi itu.Sudahlah melakukan dosa berzina, selepas itu tergamak membunuh zuriat sendiri tanpa rasa bersalah, lebih buruk berbanding haiwan.




Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah Al-Israa’ ayat 32) Memang benar manusia secara fitrah memerlukan seks. Justeru, Islam menggalakkan manusia berkahwin supaya hubungan yang sebelumnya haram menjadi halal.




inilah akibatnya jika manusia berajakan hawa nafsu..
tindakan singkat dan cetek yang bakal mereka ambil..
jom kita renungkan gambar baby yang dibuang...








saya juga selitkan keratan akhbar tentang pembuangan bayi di kawasan saya..

Bayi baru lahir dibuang dalam longkang

--------------------------------------------------------------------------------
BATU PAHAT 29 Jan. – Apalah dosa seorang bayi yang baru dilahirkan ini apabila dia diperlakukan seperti haiwan dan dicampakkan ke dalam sebuah longkang di Taman Mekar Air Hitam, dekat sini hari ini.
Namun itulah terjadi terhadap si kecil ini yang mayatnya ditemui oleh pekerja kontrak di dalam longkang sebuah kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan.
Mayat bayi lelaki itu ditemui Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.
Menurutnya, dia terkejut melihat mayat bayi dengan kesan darah dalam longkang sedalam hampir setengah meter. “Saya dapati bayi tanpa seurat benang berada dalam keadaan mengiring, lengkap dengan tali pusat dan uri yang belum dipotong. “Mungkin dibuang pada lewat malam atau awal pagi ini kerana pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi semalam, kami masih menjalankan tugas bina longkang dan tembok rumah di kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris ketika dihubungi berkata, mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.Menurut beliau, bayi itu dipercayai dibuang di situ dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kesan kecederaan lain ditemui. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.
Ibrahim meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi polis bagi membantu siasatan.








insaflah wahai mereka yang melakukan jenayah ini..
ingatlah bahawa nyawa sangat bermakna...
jangan lah kita tegar membunuh bayi yang tak berdosa...

 

No comments:

Post a Comment

Pages