Followers

Monday, August 29, 2011

kenapa manusia still jahat time bulan posa??

morning kawan-kawan aku sayangi dan setia membaca my blog...rasa lama pula aku tak  mengupdate blog aku ni,,,biasalah,,aku ni busy sikit dengan kerja-kerja tertangguh...tu lah, banyak masa tapi selalu main-main,,kan ah kene sekarang ni...orang lain sibuk buat persiapan nak raya tapi aku pula sibuk dengan persiapan report client...sadis betulkan....

hari ini tergerak hati pulak nak cerita pasal puasa yang tinggal hanya hari ini sahaja.....adakah kita betul-betul mendapat nikmat ramadhan tu...apakah perubahan yang kita alami sebelum dan selepas ramadhan...adakah ianya lebih baik ataupun sebaliknya?? marilah kita renungkan...

bila orang sebut pasal puasa, ia bukan sahaja bermakna menahan diri daripada makan dan minum..ramai masayarakat hari ini tersalah anggap dengan pengertian berpuasa..mereka hanya menahan makan dan minum tetapi masih lagi melakukan dosa-dosa seperti mendedahkan aurat, berpimpinan tangan bagi bukan muhrim, membazir makan ketika berbuka dan sebagainya,,.mengapa perkara sebegini oleh berlaku??bukankah pengaruh syaitan sudah tidak ada pada bulan ramadhan..

apa yang ingin aku katekan di sini, baik atau jahatnya seseorang kita boleh lihat pada bulan ramadhan. atau dengan erti kata lain itulah perangai sebenar mereka..sebenarnya benda yang lebih jahat memang sudah ada dalam diri kita...ianya adalah nafsu...bagi mereka berpuasa, mereka haruslah mengawal nafsu mereka daripada membuat maksiat...

menurut mam Al-Ghazali, nafsukejahatan bagi seorang manusia bersamaan dengan 70 syaitan..jika manusia itu gagal mengawal nafsu mereka ketika berpuasa, ini bermakna dia telah digoda sebanyak 70 syaitan,...ianya sungguh dasyat sekali...oleh itu, kita hendaklah cuba untuk mengawal atau menjinakkan nafsu ini dengan ayat-ayat suci al-Quran dan juga zikir-zikir...

moga-moga kita mendapat keberkatan ramadhan tahun ini...sentiasalah bersedih akan perpisahan ramadhan dan sentiasa berdoa agar kita dipertemukan atau diberi kesempatan untuk berjumpa dengan ramadhan akan datang.....

No comments:

Post a Comment

Pages