hye dan selamat malam rakan blogger saya...penat sungguh rasanya hari ini..bukan kerana terlalu banyak kelas tetapi terlalu banyak berfikir. hari ini boleh dikatakan saya menggerakkan otak saya ibara enjin kereta formula one..banyak kerahan idea perlu dimuntahkan dari benak fikiran untuk thesis final projek saya...saya ingat saya je yang banyak berfikir dan hampir sampai ke jalan buntu dengan thesis saya ini...tapi sebahagia besar rakan-rakan saya turut mengalami masalah yang sama..kami ibarat diberikan kejutan yang amat besar dengan thesis ini..
ibarata tersentak dari lamunan mimpi terus memikirkan masalah yang bakal dihadapi...nak mengeluh tapi rasanya itu bukan jalan terbaik buat kami sebagai bakal graduan. kami tak mahu dianggap graduan yang lemah dantak ada inesiatif langsung..so kaan-kawan seangkatanku jom kita sambut cabaran ini...kita buktikan yang kita boleh buat yang terbaik dalam thesis yang diberikan..
banyak cabaran yang telah kita tempuh di universiti ini..pertama dalam menyiapkan tugas Student In Enterprise Project atau singkatan name dia ialah SIEP. masih ingat lagi masa mula-mula nak buat SIEP tu..mostly semua orang macam kebinggungan...tapi sekarang ni kada sebahagian daripada kita telah pun berjaya menyiapkan SIEP itu dengan colorful result.Tahniah pada you guyz. untuk rakan-rakan yang masih belum melaksanakannya, saya sentiasa mendoakan kemudahan anda dalam menjalankan SIEP terakhir..
lepas itu kita dihadapi dugaan lagi dengan tempat latihan industri yang tidak menepati cita rasa kita. mahu atau tidak kita mesti melaluinya selama 16 minggu. kita hadapinya dengan gigih dan sabar..finally kita kena present report latihan industri. ..semua perkara tersebut telah kita lalui dengan penuh kesungguhan..
yang tinggal sekarang ini hanyalah thesis final project kita..walaupun banyak assignment atau kita anggap faktor gangguan untuk kita fokus kepada thesis kita, tapi pada saya, kita dapat menghadapinya..sama-samalah kita gandakan usaha kita untuk menyiapkan thesis kita dalam masa tidak sampai setahun ini...demi mencapai segulung ijazah yang kita idamkan sejak menjejakkan kaki ke menara gading...
GOOD LUCK!!!
No comments:
Post a Comment