go2 mahasiwa...
Apa yg sebenarnya dimaksudkan rejuvenasi mahasiswa?? apa meaning words ni yg nak dibawa ketengah...rejuvenasi mahasiswa merupakan cara yang digunakan untuk mengembalikan mahasiswa kepada mahasiswa yg sepertiu dulu..ini bermaksud bahawa generasi mahasiswa dekad ini tidak same seperti keluaran generasi mahsiswa yg terdahulu...
kalo dilihat pada zaman dahulu, jasa dan sumbangan mahasiswa terhadap masyarakat memang banyak... bak kate Menteri Pengajian Tinggi II, Dato' Saifuddin Abdullah berkata dalam forumnya bersama dengan wakil mahasiswa usm, beliau berkata bahawa impak mahasiswa dolu lebih terlihat...sumbangan mereka dalam masyarakat berkaitan dengan pembangunan ekonomi lebih menyerlah...selain itu mahasiwa dulu juga telah membawa ideologi gerakan dakwah yg memberi impak besar pemakaian tudung pada masa kini...
mahasiswa sekarang lebih dipandang sebagai mahasiswa yang lesu+school feeding +dan kurang memberi khidmat kepada masyarakat... kenyataan ini ditolak oleh saudara Syafiq ( mantan ydp mpp usm)..beliau menyatakan bahawa mahasiswa sekarang terlalu banyak yang perlu mereka fikirkan...bukan hanya semata-mata untuk memajukan ekonomi...mereka perlu memikirkan masalah2 zaman kini seperti gejala sosial, hedonisme, masalah internet dan sebagainya...jadi skop mahasiswa lebih besar...
gambar hiasan....
actually peranan yg dimankan mahasiswa zaman skunk n yg dolu adalah same...cuma yg bezakan mereka adalah cabaran yg mereka hadapi...mahasiswa mestilah pandai mencari peluang yg ada utk menjadi mahasiswa kamil yg diidamakan oleh negara dan masyarakat.. hubungan komunikasi dengan masyarakat amat pentik kerana akhirnya mereka akan kembali kepada masyarakat...negara tidak mahu melahirkan graduan yg hanya pndai pada buku n tabung uji semata-mata....
negara mahukan mahsiswa yg mempunyai idealisme tersendiri yg boleh membangunkan negara,..memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak kekangan2 yg menyekat idealisma mahasiswa dpd terus berkembang...seperti AUKU yg digubal untuk mengawal tindakan mahasiswa di ipt..tetapi sumernye leh diatasi selagi mane idealisma mahasiswa berguna kepada negara...ianya akan diterima...
secara kesimpulannya rejuvenasi mahasiswa amat penting kepada negara supaya dapat membuka mata masyarakat balik tentang sumbangan yg bakal dibuat oleh mahasiswa kepada mereka...selain itu ianya penting untuk mengambil kembali kepercayaan masyarakat kepada mahasiswa..
mahasiwa perlu menjadi singa yang mengaum..setiap ngaumannya mampu menggentarkan jiwa yang mendengar..jika tak berwaspada mereka pasti akan diterkam...jangan jadi mahasiswa yg bersifat keanakan yg hanya tau menangis...
rejuvenasi mahasiswa menjadi agenda semua pihak...mereka perlu memperbanyakkan bahan bacaan untuk menghadapi segala cabaran era ini...same2 lah kita berusaha menjadi mahasiswa yang mempunyai market di pasaran...amin....
mahasiswa yg berjaya.
(gambar hiasan)
No comments:
Post a Comment