Followers

Thursday, October 28, 2010

kontroversi ETP....







negara kini digemparkan ngn isu ETP...
apa kes ni??
x tau lah pe yg ada kat pemikiran Najib ni...
yg pentingnya skunk ni beliau dah buat ramai rakyat marah...
dah lah b4 ni kes IFF x selesai lg...
ni timbul masalah baru...

pe lah dugaan yg bakal MALAYSIA hadapi...
sumer ni kontroversi...
ke nk buat mainan politik??
entahlah....


 
Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu
'disambut' mereka secara amat sinis.

ni apa yg beliau ucapkan....


"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin,
pentadbiran Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam
bagi memacu industri pelancongan.
Apalah pelik nya PM kita ni...
x kn hanya hab hiburan mlm je yg leh wat negara maju??
dah x dop jalan lain ke??

ni antara perancangan dalam ETP...
penubuhan beberapa kelab malam terkemuka,
 menganjurkan konsert utama,
melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan
"mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
astaghfirullah...
x kan lah MALAYSIA nk diubah jadi mcm begara barat??
Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri,
termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang
10 kelab malam menjelang 2014.
Budaya berfoya-foya


ni kata2 yg dipetik oleh pemimpin NGO Islam...
Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Dr Ma'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.
"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.

so, ni adalah plan susulan PPIM bagi menyatakan menangani rancangan itu,
Ma'mor berkata:

"Kita tak pergilah (ke kelab malam). Boikot pun tak guna. Tak ada ahli kita yang pergi ke kelab malam. Tunggu pilihan rayalah nanti."

PPIM antara NGO pengguna Islam yang diingati kerana kempen boikot produk barangan tertentu seperti barangan keluaraan Yahudi dan Amerika Syarikat sebelum ini.
 
turut menentang gak..
 Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Jais Abdul Karim pula menggesa kerajaan
memikirkan semula kewajaran tindakan itu kerana ia "punca kepada masalah sosial".

mmg betul lah tu...
masalah sosial yg cikit ni x dapat nk atasi..
ni dah create ngn problem baru...
makin pening kpale dibuatnya...
"Kita risau (jika) spa dan disko diperbanyakkan,
keupayaan kita untuk membendung masalah sosial bertambah buruk,"
 katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, rancangan itu "tidak sesuai" s
ebaliknya kerajaan perlu memikirkan kelainan
 untuk ditunjukkan kepada pelancong seperti
melalui pusat makanan tradisional, muzium budaya atau program homestay.

"Saya berpendapat pelancong luar datang bukan nak untuk melihat kelab malam sebab di negara mereka kelab malam lebih canggih dan menarik," katanya.

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
mahukan perdana menteri menarik balik rancangan dalam program ETP 
menghormati kedudukan agama Islam di sisi Perlembagaan Persekutuan.

"PPMM juga merafak sembah kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong agar mempertahankan jati diri kebangsaan yang berteraskan kepada Islam dalam setiap tindakan kerajaan," kata presidennya Zainul Rijal Abu Bakar dalam satu kenyataan.

Zainul Rijal berkata rancangan tidak selari dengan satu
prinsip Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Sementara itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
Malaysia tidak sesuai dijadikan hab hiburan
memandangkan negara ini diiktiraf sebagai negara Islam.

"Sebagai sebuah negara Islam, kerajaan seharusnya membangunkan industri pelancongan yang memberi peluang kepada pelancong untuk mengenali warisan Islam negara dan melihat masyarakat Islam negara ini yang hidup aman damai dengan kewujudan pelbagai agama," kata setiausahanya Dr Mohd Roslan Mohd Nor.

Katanya, banyak kaedah untuk memacu ekonomi negara
antaranya dengan menjadikan negara ini sebagai hab pendidikan sains dan pendidikan Islam.

"Dan lebih utama dikembangkan hab halal
dengan memperkenalkan pelancongan halal
sebagai keunikan Malaysia tersendiri," kata Mohd Roslan lagi.

itulah jalan yg terbaik...
MALAYSIA kan mmg negara ISLAM...
so kne lah kekalkan perspektif tu...
sama2 lah kte renungkan ngn isu ni...
kalo x pe pula pandangan negara luar pada MALAYSIA??

CUBA RENUNGKAN....

No comments:

Post a Comment

Pages