Followers

Monday, February 14, 2011

DIET?? apa tujuan sebenarnya??

hai para pembaca yang saya sayangi... tangan saya tertarik untuk menulis tentang isu DIET yang sering kita dengar dalam kalangan remaja masa kini...apa sebenarnya tujuan mereka nak diet ye?? boleh anda jelaskan pada saya... by the way saya pun amalkan diet juga.. salah satu tujuan utama adalah untuk maintain kan berat badan saya. anda pula berdiet kerana apa ye?? sebenarnya tujuan utama setiap orang berdiet adalah untuk menjaga kesihatan mereka. itulah motif yang paling betul. kita hendaklah memulakannya proses ini di usia muda jika kita mahu mencegah pelbagai penyakit yang merbahaya pada usia tua kelak.

untuk memastikan diet yang kita amalkan itu berkesan, kita hendaklah berpandukan kepada piramid makanan yang telah ditetapkan. dengan menggunakannya, segala jenis zat makanan yang diperlukan kepada badan kita akan sentiasa dalam kuantiti yang diperlukan. ini adalah piramid makanan yang telah disyorkan. saya pinjam masa anda untuk anda membacanya okies...



kita harus mengikut kuantiti yang telah ditetapkan. jika kita terlebih mengambil makanan yang berada di puncak piramit, kemungkinan besar kita akan mengalami masalah obesiti. apa itu sebenarnya obesiti...mari kita lihat definasi obesiti ye para pembaca. menurut wikipedia obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


masalah obesiti juga telah menular dalam kalangan rakyat malaysia. mungkin ini disebabkan negara kita terlampau kaya dengan makanan. selain itu terdapat juga segelintir rakyat malaysia yang tidak dapat mengawal nafsu makan mereka dan menyebabkan mereka dalam keadaan obes. ini adalah contoh gambar yang mereka yang mengalami obesiti...


sungguh menggerunkan jika hal ini berlaku pada saya. hahaha...jadi beringatlah ketika makan. apabila masalah obesiti telah berlaku maka inilah akan menjadi salah satu daripada faktor kemurungan. persepsi masyarakat kepada golongan obesiti akan menambahkan lagi tekanan terhadap individu tersebut. lama-kelamaan akan timbul lah masalah mahu diet yang terlampau...diet terlampau berlaku apabila individu tersebut sanggup mengabaikan kesihatan diri mereka untuk menjadi kurus. bahkan mereka juga akan mengambil ubat-ubatan yang berbahaya sehingga kadang-kadang boleh menyebabkan mereka mengalami penyakit aneroksia. aneroksia adalah individu yang terlampau kurus yang sentiasa menyangka dirinya masih gemuk. kita boleh lihat gambar di bawah yang menunjukkan aneroksia.



apa pun sebenarnya dengan berpandukan piramid makanan masalah obesiti dan aneroksia dapat diatasi.
saya tertarik dengan artikel diet zaman batu. mungkin kita boleh aplikasikan dalam pemakanan kita.

Diet zaman batu...

Makanan yang terbaik adalah makanan yang tidak perlu dimasak lama. Tiada toksin di dalamnya yang perlu dibuang melalui pemanasan. Seandainya makanan itu perlu dimasak lama sebelum boleh dimakan itu bermakna makanan tersebut mempunyai toksin yang banyak. Kalau dimakan mentah akan memudarat dan mendatangkan penyakit. Saya memberi contoh kentang, nasi dan ubi yang tidak boleh dimakan mentah. Ikan dan daging lebih cepat masak berbanding nasi. Cuba anda fikirkan yang manakah yang lebih selamat dimakan. Di zaman batu (paleolithic) manusia sangat kuat tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak. Diet paleolithic menjadi satu isu yang menarik untuk dikaji. Walaupun buah-buahan merupakan sumber karbohidrat yang sihat, namun begitu tidak semua buah-buahan adalah sama. Buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang rendah seperti nangka atau lemon adalah lebih baik berbanding buah yang mengandungi gula yang tinggi seperti mangga dan pisang. Buah buahan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat di dalam darah apabila dimakan. Keadaan ini akan merencat penghasilan hormon yang perlu untuk anti-penuaan dan kesihatan seperti kortisol , growth hormone, testosterone, estradiol, DHEA dan androstenedione. Karbohidrat merupakan salah satu gizi makanan yang mustahak untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh kita. Dalam kesihatan moden, karbohidrat boleh dikategorikan sebagai karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik. Secara asasnya, semua karbohidrat merupakan bahan berstruktur gula. Jenis karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan gula di dalamnya iaitu:

• Monosakarida: 1 unit gula seperti glukosa dan fruktosa

• Dissakarida: 2 unit gula seperti sukrosa dan laktosa

• Oligosakarida dan polisakarida: Banyak unit gula seperti glikogen, kanji dan sellulosa

ini adalah corak pemakanan bagi masyarakat vietnam yang patut kita contohi..
Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.
Selain sup, popia berintikan sayur-sayuran turut dihidangkan semasa sarapan. Sayur-sayuran itu dimakan mentah. Hidangan tengah hari juga merupakan sesuatu yang unik bagi kami. Menu di semua restorannya menawarkan sayur-sayuran jauh lebih banyak berbanding ikan, ayam dan daging. Kami menjeling beberapa wanita Vietnam yang sedang menikmati makanan tengah hari. Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam.
Di Vietnam kami tidak berjumpa keropok atau makanan segera yang berperisa. Di mana-mana rakyat mereka mengunyah buah-buahan segar atau jeruk buah-buahan. Mereka turut memakan umbut dan kacang namun kami tidak berjumpa kentang dan juga ubi keledek.
Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak. Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan. ianya sangat bertentangan dengan cara pemakanan bagi penduduk di Malaysia. Di dalam diet kita sehari harian, karbohidrat merupakan komponen terbesar. Di sebelah pagi kita dihidangkan dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang dan pelbagai jenis nasi, mi serta roti. Makanan berasaskan gandum mengandungi karbohidrat hampir seratus peratus. oleh itu kita hendaklah mengubahnya mulai sekarang untuk mendapat kesihatan yang tidak ternilai... fikirkanlah wahai pembaca yang bijaksana..
 
 
~cintaepal~

3 comments:

  1. wah...boleyh ka mkn 3 jenis 1 dgn 1 lauk... Ekkk mcm susah nk telan jer... ^^,

    ReplyDelete
  2. cik epal,saya bediet selain drpd nk jge kesihatan,saya juga nk dptkan berat yg ideal utk maintainkan bdn.Lgpon,kte kn remaja,time ni la nk merasai nikmat bdn yg cantik,ramping.nti bler da kawen,baranak pinak,fuhh..mmg susahla nk dptkn bntuk bdn yg diidami..

    chaiyok2 la zaty..ak tgk ko pon da kurus neh..da x tambam cm dulu..congrat's la..

    ReplyDelete
  3. bally-mestilah boleh...try ye...he3...
    eira-betul tu...tp kesihatan tu nombor satu...wat pe ramping2 tapi sakit...tol x cyg??hehe

    ReplyDelete

Pages