Sebaliknya, kemurungan atau depresi merupakan masalah serius yang memberi impak kepada setiap aspek kehidupan remaja berkenaan. Jika dibiarkan tanpa rawatan ia mampu menimbulkan masalah lebih besar di rumah dan sekolah. Lebih tragik lagi jika remaja itu terlibat dengan dadah, membenci diri sendiri, bertindak ganas dan akhirnya membunuh diri.
kebalakangan ini kita sering mendengar isu bunuh diri semakin berleluasa di seluruh dunia. mengapakah kejadian seumpama ini boleh berlaku?? apakah yang menyebabkan mereka bertindak sebegitu? ini adalah berpunca daripada masalah kemurungan yang berada di tahap kritikal sehingga mereka hilang kewarasan akal. mereka tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk sehingga mereka tergamak mengambil dan mensiakan nyawa mereka sendiri.
Dunia telah mengakui bahawa kemurungan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Penyakit mental dan kecelaruan tingkah laku wujud dalam semua masyarakat di mana sahaja mereka berada. Menurut anggaran yang dibuat oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, 154 juta orang di seluruh dunia mengidap masalah kemurungan, 25 juta mengidap penyakit skizofrenia dan 15 juta terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Sebanyak 877,000 orang pula mati kerana membunuh diri.
ini adalah contoh kejadian tragis yang telah pun berlaku di Malaysia.
Pelajar Perempuan Bunuh Diri Selepas
Mengumumkannya Di Facebook
MELAKA: Satu pengalaman dahsyat apabila seorang remaja bermasalah mati setelah terjatuh dari tingkat dua sekolahnya – beberapa hari selepas menulis di Facebooknya tentang keinginan mengambil nyawa sendiri. Dalam tragedi 9.15 pagi Selasa, Sally Lee Qian Chun, pelajar Tingkatan Lima berjalan keluar sewaktu menghadiri kelas Kimia di makmal tingkat satu dan pergi ke bilik darjahnya di tingkat atas.Saksi di SMK Seri Kota, Ayer Leleh terkejut mendapati Lee, 17, duduk dalam keadaan berbahaya di koridor yang menghadap bilik darjah kosongnya sebelum terjatuh ke belakang. Dia mengalami kecederaan di kepala yang membawa maut. “Dia kelihatan gembira semasa Tahun Baru Cina. “Malah saya melihat dia pada Isnin dan dia kelihatan baik dan gembira,” katanya ketika ditemui pada bilik mayat Hospital Melaka di sini, pada Selasa. Bagaimanapun terdapat cerita lain dalam Facebook Lee. Sejak 17 Jan, dia telah menghantar beberapa komen-komen kurang menyenangkan, malah mengatakan ini akan menjadi Tahun Baru Cina terakhirnya. Apa yang ditulis menjadi lebih teruk pada Jumaat lepas apabila dia menulis yang dia telah merancang untuk mengambil nyawanya sendiri pada bulan lepas.Pada malam Ahad, pada sekitar 11.07 malam, Lee mengadu di Facebooknya tentang satu hubungan yang gagal dan janji-janji yang tidak dikotakan ketika mengulangi keinginannya untuk ambil hidupnya sendiri. Komen beraninya mendapat cemuhan dari rakan-rakan dalam talian. Malah beberapa rakannya menyuruh dia bertindak seperti mana yang dia mahu lakukan. Dalam pengeposan terakhirnya pada 3.45 petang Isnin, Lee mengingatkan rakan-rakannya supaya mengotakan janji mereka membelikan sebuah patung beruang dan keranda. Dia juga memberitahu mereka supaya tidak merinduinya apabila dia telah tiada dan menjaga diri mereka.
ini pula kejadian yang serupa yang berlaku di luar negara...
Simone Back memutuskan untuk membunuh dirinya namun sebelum itu,dia meng updatekan status terakhirnya di Facebook, namun tiada seorangpun dari 1048 “rakannya” dilaman web sosial berkenaan yang berusaha menyelamatkan nyawanya ataupun menghentikan cubaan bunuh dirinya itu..Mereka hanya berdebat tak berhujung pangkal. Simone Back yang berusia 42 tahun itu telah mempostingkan sebuah pesanan terakhirnya di wall Facebook miliknya pada pukul 10:53 di pagi Krismas dengan menulis “Aku telah mengambil semua jenis pil, agar aku segera mati,.. selamat tinggal semua..” Tiada seorang pun kenalan Facebooknya yang percaya. Sebahagian temannya menyebut Simone Back merupakan seorang penipu, bahkan salah seorang temannya mengatakan “itu adalah pilihannya.” Tujuh belas jam kemudian, polis masuk secara paksake dalam flatnya di Montague Street, Brighton, dan akhirnya menemui Simone Back telah meninggal dunia. Ibu Simone Back, Jennifer Langridge yang telah menghubungi talian kecemasan 999 setelah seorang rakannya yang khuatir mengenai keselematan Simon telah mengirimkan sms kepadanya tentang catatan bunuh diri online anaknya tersebut, dengan mengatakan mungkin Simone Back memerlukan bantuan. Kerana cacat, ibu Simone Back tidak dapat menaiki tangga flat anaknya, lalu dia membuat keputusan untuk menghubungi pihak berkuasa. “Hal yang paling menyedihkan adalah apabila memikirkan tiada seorangpun yang melakukan sesuatu untuk anak saya walaupun setelah diberitahu di laman web sosialnya,” kata Jenifer. Beberapa “teman” Facebook Simone Back yang tinggal di luar kota memohon agar Back online, memberikan nombor telefon atau alamat agar segera mendapatkan bantuan. Namun tidak seorangpun rakannya yang tinggal berdekatan dengan flat Simone Back melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Back.
Menurut lembaga Registrasi Bunuh Diri Nasional Malaysia atau National Suicide Registry Malaysia (NSRM), antara Januari dan Agustus 2010 lalu, total 425 orang melakukan bunuh diri. Ini berarti rata-rata 60 orang bunuh diri tiap bulan (termasuk kematian yang belum dipastikan penyebabnya).
Terdapat juga penyelidik yang mengatakan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam kadar kemurungan di kalangan remaja lelaki dan perempuan [Baron & Joly, 1988 (disebut dalam Wade, Cairney, & Pevalin, 2002); Bachanas & Kaslow, 2001]. Penyelidik-penyelidik lain pula mengatakan bahawa remaja perempuan biasanya lebih mudah dilanda kemurungan berbanding remaja lelaki (Ingersoll, 1989; Haugaard, 2001). Menurut Nolen-Hoeksema dan Girgus (disebut dalam Bachanas & Kaslow, 2001), pada umur 15 tahun, kemurungan di kalangan remaja perempuan adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding remaja lelaki, dan perbezaan jantina ini akan berlanjutan hingga ke zaman dewasa. Steinberg (1999) pula berpendapat bahawa perasaan kemurungan adalah lebih umum di kalangan lelaki berbanding perempuan sebelum akil baligh, manakala kecelaruan kemurungan lebih umum di kalangan perempuan berbanding lelaki selepas akil baligh.
apa pun gejala kemurungan ini sudah menjadi trend selaras dengan isu bunuh diri. Untuk informasi tambahan yang telah saya baca, sebenarnya terdapat lima faktor digunakan bagi mengdiagnosis kemurungan dalam kehidupan seseorang.
1. Mood negatif - rasa sedih, rasa ingin menangis, risau mengenai perkara buruk, risau atau kecewa dengan semua perkara dan tidak berupaya membuat keputusan
2. Masalah interpersonal - kesukaran atau masalah berinteraksi dengan orang, anti sosial dan kerap mengasingkan diri (pengasingan sosial).
3. Inffectiveness?- penilaian negatif terhadap keupayaan diri sendiri
4. Anhedonia - tiada tenaga, tidak upaya menikmati pengalaman menyeronokkan, masalah tidur, hilang selera dan suka menyendiri
5. Rendah jati diri - tidak suka diri sendiri, rasa tidak disayangi dan cenderung untuk bunuh diri
masalah kemurungan mestilah diatasi dengan sebaik-baiknya. jika ianya tidak dihalang maka ianya akan menjadi masalah yang amat serius kepada semua pihak. kita sebagai masyarakat hendaklah cuba untuk mamahami golongan ini dan tidak menambah tekanann kepada mereka..contoh mudah sebagai student, kita hendaklah mengenali rakan kita dan cuba mengembirakan hati mereka jika mereka dalam keadaan kemurungan.. berikan sokongan moral kepada mereka..
~cintaepal~
ana murung
ReplyDeleteu murung ker?? kalau mahukan teman utk share, saya sudi jadi teman mendengar...=)
ReplyDelete